今天是阳历 2024 年 05 月 19 日 星期日 农历 四月月 十二日

 

Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa ~ Maria Eskoriaza dari Sepanyol
28/07/2011 • School Admin - SMJK HENG EE (PENANG, GEORGETOWN) • 

        Melalui AFS Antarabudaya Malaysia, Maria Eskoriaza yang berasal dari Sepanyol telah ditempatkan untuk belajar di SMJK Heng Ee selama dua bulan iaitu bermula dari 19 Julai hingga 6 September 2011. Maria berpeluang mempelajari budaya dan cara hidup di Malaysia di samping mewujudkan tali perhubungan dengan masyarakat kita. Kini, Maria tinggal dengan keluarga En Leong Kok Kong. Maria berasa sungguh gembira dapat belajar di SMJK Heng Ee.