今天是阳历 2019 年 12 月 15 日 星期日 农历 11月 20日

 

Persaraan Pn. Lee Mary
24 Apr 2013 School Admin - SMJK SIN MIN (KEDAH, SUNGAI PETANI) Filed Under 文件存於 persaraan, mary, 2013

Persaraan Pn. Lee Mary

Tarikh : 24 April 2013

Masa : 12 t/h

Tempat : Tapak Perhimpunan Sekolah 

Biodata Pn. Lee Mary

    Pn. Lee Mary dilahirkan pada 25 April 1955 di Alor Setar, kedah. Beliau mendapat pendidikan awal  di Sekolah Rendah Inggeris di  Langkasuka, Yan Kedah. Pendidikan Sekolah Menengah  di Sekolah Menengah Kebangsaan Yan dan dikuti pula Sekolah Menengah Ibrahim Sungai Petani, Kedah.

    Kemudian, beliau memasuki Maktab Perguruan Ipoh Baru . Pn. Lee Mary  mula berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Ungku Aziz, Sabak Bernam,Selangor pada tahun 1979.Pada tahun 1982 pula, beliau berkhidmat di SM Putera,Kota Baru, Kelantan.Pada tahun 1984-1986 pula, beliau berkhidmat di SMK Kota Kuala Muda, Kedah. 1987-1989 pula di SMK Baling Sik. 1990-1997 ,Pn. Lee Mary mengajar di Sekolah Menengah Convent Father Barre dan pada 10 Januari 1998, Pn Lee Mary berkhidmat di SMJK Sin Min hingga sekarang. Atas usaha gigih beliau, Pn. Lee Mary  berjaya mendapat Ijazah Sarjana Pendidikan Matematik  pada tahun 1997 di USM . Beliau  menjawat guru cemerlang Matematik di SMJK Sin Min mulai  26. Jun 2008.

    Sepanjang 15 tahun perkhidmatan beliau di SMJK Sin Min, beliau ialah guru akademik Matematik,  guru penasihat Pasukan Pandu Puteri dan Persatuan Matematik , Guru  Rumah Hijau dan juga Ketua Guru Penasihat  Wushu. Beliau juga merupakan salah seorang guru yang menyediakan kertas kerja untuk Sekolah Kluster Kecemerlangan Bahagian Matematik SMJK Sin Min dan telah menjalankan Projek Pembelajaran secara Kooperatif.  Antara projek beliau ialah Klinikal Matematik bagi murid-murid Tingkatan 3 dan 5, Pembelajaran Kooperatif bagi pelajar-pelajar Tingkatan 6 dan juga Projek mentor-mentee bagi murid-murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Buku ilmiah yang pernah beliau hasilkan ialah Kajian Tindakan yang berjudul Meningkatkan prestasi Matematik STPM  dalam kalangan murid-murid Tingkatan 6 melalui Pembelajaran Kooperatif. Beliau  pernah menyediakan artikel dalam Jurnal “ Digest Didik” USM yang bertajuk Kaedah Klinikal Dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik.

      School Name 学校名称
      Online Resource Information 线上资源资讯
      News & Events 学校新闻
      Events Calendar 每日事件
    0 Chinese Reading Guide 华文导读

    For all queries and support, please contact:
    如果有任何疑问和支援需要,请联络﹕

    SMJK Support Team 华中网支援团队
    Phone 电话 : +6084 333366
    Fax 传真 : +6084 314555
    or 或者
    Email 电子邮件: