今天是阳历 2024 年 04 月 29 日 星期一 农历 三月月 廿一日

 

MAJLIS PELANCARAN HUB VLEFROG PERINGKAT DAERAH KUDAT SMK LOK YUK KUDAT 2017
25/07/2017 • School Admin - SMJK LOK YUK MILE 1 (SABAH, KUDAT) • Filed Under 文件存於 VLEFROG • 

MAJLIS PELANCARAN HUB VLEFROG PERINGKAT DAERAH KUDAT SMK LOK YUK KUDAT 2017
 
Program ini dianjurkan bersama oleh PKG dan PPD Kudat bersama-sama dengan pihak Vlefrog Asia untuk memantapkan lagi penguasaan teori dan amali pihak pentadbir dan guru dalam pengajaran dan pemudahcaraan dengan menggunakan teknologi. Program ini telah berjalan pada 17 JULAI 2017 (Isnin) bertempat di Makmal Komputer SMJK Lok Yuk Kudat dan dirasmikan oleh En.Sh.Azad B.Sh.Atar (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kudat). Sasaran program ini dituju kepada Pengetua dan Guru Besar di daerah Kudat serta guru-guru ICT untuk 19 buah sekolah menerima rangkaian 4G di daerah sekolah.
 
OBJEKTIF
2.1 Memberi peluang kepada guru di peringkat daerah Kudat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan teknologi maklumat.
2.2 Membentuk tenaga pengajar yang mahir dan mampu mengaplikasi penerapan ICT dalam pdpc.
2.3 Saling bertukar pandangan dan idea bagi mewujudkan laman web pembelajaran yang lebih efektif dan interaktif
2.4 Meningkatkan tahap profesionalisma guru dalam menguasai ilmu teknologi maklumat.
2.5 Memberi peluang kepada guru didaerah Kudat menguasai sepenuhnya kandungan aplikasi Vlefrog yang disarankan oleh kerajaan.