今天是阳历 2024 年 04 月 25 日 星期四 农历 三月月 十七日

 

13.10.2017 - PROGRAM 'PELAJAR STRAIGHT A'
13/10/2017 • School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) • Filed Under 文件存於 Unit UBK • 

Satu perjumpaan mesra pelajar yang terlibat dalam Program 'Pelajar Straight A' bersama pentadbir, guru mentor, guru pembimbing dan turut hadir bersama ibu bapa pelajar berkenaan.

Perjumpaan tersebut telah diadakan pada 13 Oktober 2017 di Bilik Seminar selepas Percubaan SPM 2. Pengetua SMJK Chung Hwa, Mr. Kwok telah membentangkan pencapaian pelajar cemerlang ini sepanjang tahun 2017 dengan menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan yang ditunjukkan oleh pelajar cemerlang tersebut. Guru kaunseling, Cik Josepine turut memberikan ceramah motivasi kepada bakal calon SPM dan ibu bapa pelajar. 

Dalam sesi dialog bersama ibu bapa, terdapat ibu bapa yang mengharapkan program sebegini dapat dimulakan lebih awal dan terdapat ibu bapa yang amat bersyukur kerana program yang diadakan ini amat membantu dan memberi manfaat kepada pelajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang.