今天是阳历 2024 年 04 月 20 日 星期六 农历 三月月 十二日

 

LAWATAN KE HARI TERBUKA ARMADA SEMPENA HARI ULANGTAHUN TLDM KALI KE 84 2018 丹中海童军参观马来西亚皇家海军部队庆祝成立84周年纪念开放日[29.04.2018]
02/05/2018 • School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) • 

Pengakap Laut SMJK Chung Hwa Tenom telah mengadakan lawatan ke Hari Terbuka Armada sempena Hari Ulangtahun TLDM Kali Ke 84 Tahun 2018 pada 29 April 2018 di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu. Seramai 41 orang Pengakap Laut dan 3 orang guru pengiring iaitu En. Piong, En. Zulkifli dan Cik Juanah telah menyertai lawatan tersebut. Mereka telah disambut mesra oleh pegawai TLDM yang bertugas di pintu utama dan diberikan cenderahati berbentuk "sticker NAVY".

Lawatan dimulakan dengan menaiki kapal peronda TLDM iaitu KD Jerong dan KD Paus dan diteruskan dengan melawat KD Kedah dan kapal selam Scorpene iaitu KD Tunku Abdul Rahman. Mereka juga melawat kapal artileri TLDM iaitu KA Bunga Mas serta melawat tapak pameran pelbagai unit TLDM seperti PASKAL, PSS TLDM dan sebagainya. Lawatan diakhiri dengan menaiki bot tempur iaitu Coombat Boat CB90.

马来西亚皇家海军部队为配合庆祝成立84周年纪念 而特别安排于四月二十九日为开放日。本校海童军共41人在领队朱基菲老师和房俊发老师的带领下于当天上午十一时许抵达哥打金那巴鲁瑟邦卡海湾海军基地参观。驻守前线官员亲切地欢迎师生们,并给予每人一个海军贴纸为纪念品。

在有关官员的引导下,师生们先参观海军巡逻艇,接着参观战船和命名为东姑阿都拉曼的鲉鱼式潜水艇及海军部队属下的各展览单位。在参观结束之前,师生们再次踏上CB90的小型战游艇。