今天是阳历 2024 年 04 月 25 日 星期四 农历 三月月 十七日

 

CERAMAH “KESELAMATAN SEMASA PENGGUNAAN PERALATAN SUKAN & KOKURIKULUM DI SEKOLAH” “安全使用体育及课外活动器材”教育讲座 [26.09.2018]
30/09/2018 • School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) • 

Pada 26 September 2018, satu ceramah bertajuk “Keselamatan Semasa Penggunaan Peralatan Sukan & Kokurikulum Di Sekolah” telah diadakan kepada semua warga SMJK Chung Hwa Tenom di Bilik Gerakan pada jam 2.30 petang. Penceramah dijemput ialah Encik Lim Yu Woei, Penolong Pengarah Pembangunan & Infrastruktur, Pusat KoKurikulum  Negeri Sabah.

Tujuan ceramah tersebut diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan panduan kepada warga sekolah tentang betapa pentingnya aspek keselamatan semasa penggunaan peralatan khususnya peralatan sukan & kokurikulum bagi mewujudkan sekolah yang selamat. Dalam ceramah tersebut diberi penekanan juga panduan tentang SOP yang perlu dipatuhi dan tindakan-tindakan yang perlu diambil semasa menggunakan peralatan dalam apa juga aktiviti yang dijalankan di sekolah.

本校于2018年9月26日进行了一个安全教育讲座。全校教职员于下午2时30分出席这场讲座。本校邀请了来自沙巴州课外活动中心,发展与基础设施助理总监Lim Yu Woei先生为讲员。