今天是阳历 2024 年 04 月 20 日 星期六 农历 三月月 十二日

 

KURSUS PENGAKAP LAUT SMJK CHUNG HWA TENOM 丹中海童军课程 [11 - 13.01.2019]
16/01/2019 • School Admin - SMJK CHUNG HWA (SABAH, TENOM) • 

Pada 11 – 13 Januari 2019, Pengakap Laut SMJK Chung Hwa Tenom telah mengadakan kursus kepada semua ahli Pengakap Laut Sesi 2019 di bawah pimpinan guru penasihat iaitu Encik Zulkifli Bin Rahman, Encik Piong Chung Fatt, Cik Juanah Binti Jamal dan Cik Wan Suryati Binti Wan Hanapi.

二零一九年一月十一日至十三日。丹南中华中学全体海童军在顾问老师:朱基辉老师,房俊发老师,珠娃娜老师和婉苏雅娣老师的引导下完成了一项相关课程。

Beberapa aktiviti telah dijalankan iaitu mendirikan tiang bendera, memasak, menjalankan istiadat colors, taklimat mengenai skim lencana dan dua kursus utama yang telah dijalankan iaitu:

(a)        Kursus Ketua Patrol Pengakap Laut

Tarikh

:

11 – 13 Januari 2019

Tempat           

:

Bilik Seminar SMJK Chung Hwa Tenom

Aktiviti           

:

Pendedahan dan latihan dalam:

- Menguruskan aktviti Pengakap.

- Merancang dan mengurus organisasi Pengakap di sekolah.

- Pengurusan kewangan dan pengurusan risiko

 

(b)        Kursus Pengenalan Kepada Pengakap Laut

Tarikh

:

12 Januari 2019

Masa

:

7.30 pagi – 12.30 tengahari

Tempat           

:

Bilik Seminar SMJK Chung Hwa Tenom

Aktiviti           

:

3 sesi ceramah

(i)         Sejarah Pengakap Laut Dunia, Senario Pengakap Laut di Malaysia serta Peraturan pakaian seragam Pengakap Laut oleh Skip Akhyari Khalid

(ii)        Skim Latihan Pengakap Laut Muda & Remaja oleh Skip Jasri Joe

(iii)       Takwim Aktiviti Pengakap Laut Sepanjang Tahun 2019 oleh Skip Zulkifli Bin Rahman