今天是阳历 2024 年 04 月 30 日 星期二 农历 三月月 廿二日

 

SM SUNG SIEW *CF) - MAJLIS PENETAPAN TARGET SPM 2023
05/08/2023 • School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) • 

MAJLIS PENETAPAN TARGET SPM 2023

Tarikh: 5 Ogos 2023 (Sabtu)

Masa: 7.00am

Tempat: Astaka Sekolah

Sasaran: Calon SPM 2023 bersama ibu bapa

 

Tepat pada 7am, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sabah Tanah Airku.

Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan dan perkongsian daripada En. Kwok Chee Yen selaku Pengetua sekolah. Dalam sesi ini, beliau telahpun mengkongsikan road-map yang menekankan kepentingan pengurusan masa dari bulan Ogos sehingga akhir bulan Januari tahun 2024. Beliau turut menggalakkan para calon SPM 2023 untuk memanfaatkan masa cuti sekolah untuk membuat ulangkaji dan juga untuk mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran secara bersemuka dalam masa 14 minggu persekolahan yang masih tinggal.

Setelah itu, majlis bersambung dengan perkongsian daripada Dr. Peter Jr. Naintin, selaku YDP PIBG sekolah ini. Dalam perkongsian ini, beliau telah mengkongsikan pengalaman beliau membimbing anak-anaknya dalam pembelajaran. Selain itu, beliau turut mengkongsikan konsep TEAM iaitu 4 perkara untuk mencapai kejayaan dalam SPM, iaitu Time ManagementMaintain Your EnergyCorrect Attitude, dan Create Good Moment. Kemudian, beliau merasmikan Majlis Penetapan Target SPM 2023.

Tentatif majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar calon SPM yang diketuai oleh Eason Chu Shen Yi, selaku Ketua Pengawas. Selepas itu, semua calon menurunkan tandatangan pada target SPM masing-masing sebagai janji untuk berusaha mencapai keputusan SPM seperti yang disasarkan.Untuk memberikan galakan dan semangat kepada para calon SPM dan ibu bapa, hadiah berbentuk pingat dan alat-alat tulis diberikan kepada calon-calon.

Majlis bersurai pada 8.45am. (T04)