今天是阳历 2024 年 04 月 30 日 星期二 农历 三月月 廿二日

 

SM SUNG SIEW (CF) - BENGKEL TECHLYMPIC 1
05/08/2023 • School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) • 

BENGKEL TECHLYMPIC 1
Tarikh: 5 Ogos 2023 (Sabtu)
Masa: 7am - 10am
Tempat: Bilik PAK-21
 
Bengkel Techlympic dijalankan untuk memberi bimbingan kepada pasukan-pasukan sekolah yang akan bertanding pada Pertandingan Malaysia Techlympic peringkat Zon Sabah secara bersemuka.
 
Tema & Pertandingan yang didaftar pada bulan Julai 2023 adalah
  • Kecerdasan Buatan & Sains Data : 3.3R Pemikiran Komputer (FC-1)
  • Inovasi, Kreativiti untuk Kesejahteraan Rakyat : 4.1R Cabaran Cetakan 3D
  • Teknologi Sohor : 5.5R Cabaran Permainan Digital Metaverse Techlympics 
 
Dalam bengkel ini, 
  • murid mendaftar ke kelas Moodle untuk mengikuti  tutorial bimbingan secara dalam talian.
  • memilih tema projek
  • menjalankan perbincangan kumpulan untuk menyediakan poster
  • meneroka dan membelajari aplikasi-aplikasi baharu seperti MAKE: Arduino Coding Simulator,  Aplikasi RedBricks, aplikasi Tinkercad, aplikasi Cura  mengikut keperluan tugasan murid untuk menyelesaikan tugasan pertandingan di peringkat negeri.

(T04)