今天是阳历 2024 年 04 月 28 日 星期日 农历 三月月 二十日

 

SM SUNG SIEW (CF) - MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2023 / 2023年学生优异表现颁奖礼
16/12/2023 • School Admin - SMJK SUNG SIEW (SABAH, SANDAKAN) • 

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN TAHUN 2023 telah diadakan pada 14 Disember 2023 (Khamis) di Sekolah Menengah Sung Siew, Sandakan. 2023年学生优异表现颁奖礼已经于2023年12月14日(星期四)假山打根双修中学观台处举行。
Majlis Penyampaian Hadiah dan Anugerah Kecemerlangan Murid diadakan setiap tahun bagi memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum, sahsiah mahupun kokurikulum. 此颁奖礼的目标在于表扬在学术、品德及课外活动表现出色的学生。
Kecemerlangan murid melambangkan perkembangan dan kemajuan sekolah dalam melahirkan modal insan yang seimbang dari segi JERI selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Majlis yang penuh gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Encik Vun Soon Chong, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah. 学生的卓越表现彰显学校致力于发展符合国家教育哲理所规定的JERI。此隆重的颁奖礼有双休中学董事部主席温顺昌先生主持开幕。
Anugerah Tokoh Olahragawan telah diberikan kepada MOHAMAD ZAER ZABIDI BIN HARMAN (5C) manakala bagi Anugerah Tokoh Murid telah disandang oleh EDRIAN YAP XUAN BIN (5E). 模范运动员奖由来自5C班的MOHAMAD ZAER ZABIDI BIN HARMAN同学夺得; 模范学生奖则由来自5E班的叶璇斌同学夺得。
Setinggi-tinggi penghargaan, tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SM Sung Siew (CF) yang sentiasa memberikan komitmen yang terbaik dalam mencapai banyak kejayaan membanggakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. 恭贺各位得奖的同学以及感恩全体师生的付出,在山打根区、沙巴以及全国各项比赛中屡创佳绩。
“Sung Siew Forever, We Rise Together.” 双修长青,齐心迈进

(T04)