今天是阳历 2024 年 04 月 29 日 星期一 农历 三月月 廿一日

 

Lawatan SMJK Kwang Hua, Klang
21/08/2007 • School Admin - SMJK SIN MIN (KEDAH, SUNGAI PETANI) • Filed Under 文件存於 Kwang Hua,  • Lawatan,  • Klang • 

Selamat Datang ! kepada rombongan SMJK Kwang Hua, Klang ke SMJK Sin Min pada 2.15 petang pada 21 Ogos 2007.

Rombongan yang terdiri daripada 35 orang (pihak pentadbir dan guru-guru Bahasa Malaysia) dibawa oleh Tuan Pengetua, En. Lok Kin Hong, BKM.,PJK dan beberapa orang pentadbir melawat sekolah.

Antara tempat-tempat yang dilawati termasuk Kafeteria sekolah, Bilik "Server" sekolah, Foyer Informasi dan Pusat Sumber.

Tujuan lawatan sekolah tersebut adalah untuk menimba pengalaman, memberi motivasi dan meningkatkan aspek profesion perguruan supaya lebih dedikasi, komited dan berketrampilan dalam setiap tugas yang dipertanggungjawabkan.