今天是阳历 2024 年 05 月 19 日 星期日 农历 四月月 十二日

 

Lawatan Kerjaya ke Kolej Universiti Taylor
30/06/2008 • School Admin - SMJK YOK BIN • Filed Under 文件存於 kolej universiti taylor • 

Pada 28 Jun 2008, rombongan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMJK Yok Bin telah bertandang di bumi Kolej Universiti Taylor, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Rombongan dua bas itu terdiri daripada semua pelajar 5 Sains 1 dan semua pelajar 5 Sains 2. Mereka diiringi oleh En. Chan Chin Ho, Pn. Ng Hong Luan, Cik Ang Yoke Chu dan Cik Teo Mei Yen.

Banyak informasi terkini diperoleh berhubung dengan kursus yang ditawarkan di kolej tersebut. Di samping itu, pelajar didedahkan tentang prospek kerjaya menerusi kursus-kursus yang ditawarkan. Mereka juga dapat mengeratkan hubungan persahabatan sesama pelajar, dan meregangkan tekanan sepanjang satu semester persekolahan.

Setelah tamat lawatan di kolej tersebut, kami bersantai di pusat beli-belah di sekitar Jalan Bukit Bintang. Rata-rata pelajar berasa seronok dengan pengisian program pada hari itu. Peluang untuk berkunjung ke Kuala Lumpur bersama-sama rakan sekelas digunakan dengan sebaiknya oleh mereka.