今天是阳历 2024 年 05 月 19 日 星期日 农历 四月月 十二日

 

Kem Istiqamah 2008
02/07/2008 • School Admin - SMJK YOK BIN • Filed Under 文件存於 kem istiqamah • 

Panitia Pendidikan Islam, Unit Kokurikulum, PIBG, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Koperasi SMYB dengan kerjasama Unit Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka menganjurkan Kem Istiqamah SMJK Yok Bin 2008. Sebanyak 81 orang pelajar Islam telah diterapkan dengan ilmu keagamaan dan kerohanian.

Tahun ini merupakan tahun ketiga penganjuran kem istiqamah di bawah penyelarasan Ustazah Azizah Binti A. Kassim, Ketua Panitia Pendidikan Islam. Program ini telah disempurnakan oleh En. Tay Tiow Sai, Pengetua SMJK Yok Bin.

Semoga pelajar Islam SMJK Yok Bin menjadi pelajar yang berbudaya tinggi selaras dengan visi dan misi SMJK Yok Bin.