今天是阳历 2024 年 03 月 29 日 星期五 农历 二月月 二十日

 

2008年美中辉煌课外活动典礼 砂拉越州教育司Dr. Hj. Julaihi Bin Hj. Bujang 初拟讲稿重点摘要
04/11/2008 • School Admin - SMJK CHUNG HUA MIRI • Filed Under 文件存於 2008,  • ,  • 美中,  • 辉煌,  • 课外,  • 活动,  • 典礼,  • 砂拉越,  • ,  • 教育司,  • Dr. Hj. Julaihi Bin Hj. Bujang,  •  初拟,  • 讲稿,  • 重点,  • 摘要 • 

2008年美中辉煌课外活动典礼
砂拉越州教育司Dr. Hj. Julaihi Bin Hj. Bujang 初拟讲稿重点摘要
 
- 美国哲学家 Ralph Waldo Emerson 曾说:"在执行某一件事时,如果心中没有欢喜和浓厚的兴趣,我们不可能取得辉煌的成就。"这是今天在此项典礼中获奖的美中生之最佳写照。他们都是因为对美中多姿多彩的课外活动有浓厚的兴趣,以欢喜和积极的心态参与,终于创造许多辉煌的成就。
- 课外活动其实是我国教育纲领中不可分割和重要的一环,以栽培出全方位的人才。通过课外活动,学生们能将课堂上所求得种种生活技能的知识加以实践,并且获得宝贵的人生经验。在进行课外活动的过程中,校方也协助提升学生们的领导能力和办事效率,让他们实际地学习处理人际关系的技巧,提早吸取面对社群的经验,从而确定人生奋斗的目标。此外,这方面的学习不单能栽培出在学术和课外活动领域皆取得杰出成就的学生,也将积极塑造一个在智力、情感、心理、生理与领导方面都能平衡发展及和谐的人,并拥有致力追求辉煌成就的雄心壮志和热爱民族、国家的效忠精神。
- 在今天的典礼中,美中校方颁发了美中之星奖项予2008年在体育、领导、服务、课外活动各方面取得卓越成就的美中生。这点证明美中校方为肯定和激励全体美中生加倍努力奋斗采取了积极的步骤,从而鼓励全体学生虚心向学,在良好的求学环境中茁壮和快乐学习成长。
- 从今天美中辉煌课外活动典礼所颁发的许多奖项来看,美中已成功落实我国教育大蓝图第二主要纲领即是全面栽培杰出的人力资源。因为课外活动与栽培杰出的全方位人力资源有密切的关系。课外活动提供学生良好的学习平台;进行课外活动过程中的种种考验将确保学生在智力、情感、心理、生理与领导方面都能平衡发展及和谐,并且拥有热爱民族、国家的效忠精神。拥有这些方面优良素质的学生正是我国教育大蓝图中所欲栽培的杰出人力资源。美中多年以来在本州、全国甚至国际上的学术、课外活动和体育领域中都栽培了表现出色的学生就完全证明此项事实。
- 其实,一间学校若想在各方面取得辉煌的成就,除了需要有明确的办学方针、良好的师资和设施外,还需获得家长的配合、认同与支持。毕竟唯有在家庭教育和学校教育相辅相成的情况下,学生才能在理想的环境中学习、成长并且追求最卓越的成绩。对于美中师生和家长在这方面的良好互动、沟通和谅解,我给予嘉评。
- 对于美中董事会会长丹斯理拿督巴杜卡陈伯勤博士及董事长丹斯理拿督巴杜卡蔡幼兰女士长期作出的努力和贡献,我致予最崇高的感谢和敬意。在他俩的积极努力领导下,美中不只取得辉煌的成就,并且不断取得新的突破,可喜可贺!同时,丹斯理拿督巴杜卡陈伯勤博士及丹斯理拿督巴杜卡蔡幼兰女士在本州的整体上的教育领域也建树良多,值得嘉赏;毕竟在政府和私人界的携手合作下,落实我国教育大蓝图的纲领是指日可待的事!
 
Draf Ucapan Tetamu Kehormat
Majlis Anugerah Cemerlang Kokurikulum SMK Chung Hua Miri Tahun 2008
'Kecemerlangan Kokurikulum Penjana Modal Insan Terbilang'
 
 
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera .
 
Saya berasa bertuah kerana diundang ke sekolah ini untuk menghadiri majlis yang penuh bermakna ini. Terima kasih kepada Presiden Lembaga Pengelola Sekolah Tan Sri Dato' Paduka Dr. Ting Pek Khiing dan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Tan Sri Dato' Paduka Chai Yu Lan, ahli-ahli Lembaga Pengelola Sekolah, Pengetua, guru-guru, ibu bapa, tetamu jemputan dan para pelajar sekalian.
 
Ralph Waldo Emerson, penyair dan ahli falsafah Amerika pernah mencoretkan 'Tanpa rasa gembira dan minat yang mendalam, kita tidak akan mencapai kejayaan besar'. Saya memetik kata-kata beliau kerana majlis hari ini bertepatan dengan ungkapannya iaitu minat dan kejayaan besar. Pelajar yang menerima anugerah cemerlang kokurikulum pada hari ini tidak akan memperoleh kejayaan besar jika tidak disertai perasaan minat terhadap apa yang mereka lakukan. Minat ini pula bukan boleh dipaksa-paksa. Minat datang melalui desakan hati, keinginan untuk melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan rasa gembira. Melakukan aktiviti dengan perasaan gembira pasti dapat menimbulkan minat yang mendalam terutama dalam aktiviti kokurikulum.
 
Hadirin,
 
Kegiatan kokurikulum sebenarnya merupakan sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan yang tidak boleh dipisahkan. Subperaturan 3(1) dalam Peraturan-peraturan (kurikulum Kebangsaan) 1997 telah menjelaskan bahawa "Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan." Pendek kata, kegiatan kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.
 
Namun, hakikat ini masih tidak diterima oleh semua lapisan masyarakat kita secara umumnya. Kita masih berdepan dengan fenomena terdapat ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka mengikuti latihan sukan dan berpersatuan kerana menganggap aktiviti kokurikulum itu bukan sahaja tidak penting malah hanya akan membazirkan masa anak-anak mereka. Sikap dan mentaliti masyarakat yang memisahkan kurikulum dengan kokurikulum seperti itu dengan sendirinya akan membantutkan usaha kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani. Hal ini demikian kerana kita tahu bahawa hanya dengan adanya kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum yang seimbang akan menjamin seseorang pelajar itu menguasai  pengetahuan pengalaman dan kemahiran yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri, kepimpinan, keusahawanan, kreativiti dan inovasi, kecintaan kepada alam semula jadi, kewarganegaraan dan kesetiaan kepada bangsa dan negara, kebudayaan, integrasi nasional, dan sebagainya.  Pengetahuan dan kemahiran dari segi ini sememangnya akan membantu pelajar menentukan hala tuju kehidupan masa depannya.
 
HADIRIN,
 
Kalau berdasarkan senarai penerima anugerah cemerlang kokurikulum yang ada di dalam majlis ini, saya dapat merumuskan bahawa guru dan pelajar SMK Chung Hua Miri sememangnya telah berusaha gigih demi mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum.  Anugerah Bintang Sukan, Anugerah Bintang Perkhidmatan, Anugerah Bintang Kokurikulum, Anugerah Pelajar Terbilang Kokurikulum dan Anugerah Pengetua  disediakan untuk mengiktiraf usaha gigih dan pencapaian cemerlang para pelajar dari peringkat bahagian Miri hingga antarabangsa.
 
Saya yakin deretan pingat dan piala di pentas ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa guru-guru SMK Chung Hua telah berjaya dalam merealisasi teras ke-2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu Membangunkan Modal Insan. Memang tidak dinafikan signifikannya kokurikulum dengan pembangunan modal insan. Aktiviti kokurikulum yang menguji aspek kualiti individu, kumpulan serta pengurusan menjadi penanda aras ke arah membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani dan rohani yang bakal melahirkan pemimpin yang berketrampilan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Anugerah ini adalah bukti bahawa pihak sekolah memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang telah banyak menyumbang untuk menjadikan SMK Chung Hua sebagai sekolah telah dikenali sebagai 'sport power house' di Negeri Sarawak sekian lama.
 
Tanpa komitmen para guru dan pengorbanan pelajar adalah tidak mungkin kejayaan seperti ini dapat dicapai. Inilah output yang kementerian harapkan dapat dilahirkan oleh pihak sekolah iaitu pencapaian akademik cemerlang, sukan cemerlang, sahsiah diri cemerlang dan pembentukan bakat diri yang cemerlang
 
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang terbesar pembangunan sekolah ini iaitu Presiden Lembaga Pengelola Sekolah Tan Sri Dato' Paduka Dr. Ting Pek Khiing, Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Tan Sri Dato' Paduka Chai Yu Lan dan ahli-ahli Lembaga Pengelola Sekolah kerana telah banyak memberi sumbangan dalam bidang pendidikan di sekolah ini khususnya dan di Sarawak amnya. Kementerian Pendidikan memang mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan daripada pihak swasta bagi berganding bahu demi menjayakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) .
 
Dengan ini saya merasmikan majlis anugerah cemerlang kokurikulum SMK Chung Hua Miri untuk tahun 2008. Terima kasih.