Kejohanan Olahraga
11/03/2009 • School Admin - SMJK CHUNG HWA (KELANTAN) •
From 从 : SMJK CHUNG HWA 吉兰丹中华国民型中学 Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Kota Bharu. Tarikh : 11.3.09 (Rabu) Tempat : Di Padang dan Stadium Sekolah Masa : 7.35pagi - 1.15 tengah hari Acara : Larian, Larian Berpagar, Tarik tali, Lerek Gelung Rotan, Lari berganti-ganti Ikan Belut Kejohanan Olahraga pada hari ini telah berlangsung dengan jayanya. Persaingan yang sangat sengit ditunjukkan oleh peserta-peserta pertandingan untuk menjuarai acara-acara yang disertai. Pengerusi Jemaah Pengelola Sekolah En. Tan Ken Ten mengucapkan tahniah dan sysbas kepada pelajar-pelajar kerana berjaya dalam acara yang disertai. Penyertaan yang aktif telah ditunjukkan oleh pelajar-pelajar sekolah, ini menunjukkan mereka mempunyai badan yang sihat dan cergas. Penolong Kanan Ko Encik Foo dalam ucapannya mengharapkan semangat yang ditunjukkan pada hari ini akan dikekalkan. Beliau juga melahirkan rasa syabas kepada warga sekolah diatas usaha dan kerjasama yang diberikan, kejohanan olahraga pada ini telah dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Berikut adalah keputusan pertandingan , Keputusan: JOHAN - Rumah Yakin (140 Mata) NAIB JOHAN - Rumah Jujur (138 Mata) TEMPAT KETIGA - Rumah Tabah (128 Mata) TEMPAT KEEMPAT - Rumah Setia (121 Mata) |