SMJK UNION

协和国民型华文中学
和 、 诚 、 敬


About Us 关于我们 - School History 学校历史

A+ A- Reset

Tahun 1920-an Sekolah ini didirikan pada tahun 1928 . Kelas-kelas tadika diadakan di sebuah gereja Methodist di Madras Lane . Perbelanjaan sekolah dibiayai oleh badan-badan Kristian . Guru besar pada masa itu ialah Madam Lim Su Lian .Pada tahun yang sama, Lembaga Pentadbir Sekolah telah ditubuhkan dan Encik Goh Guan Ho telah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pentadbir Sekolah Union yang pertama. Pada tahun 1929 , sekolah ini mempunyai 3 buah kelas tadika dan dua buah kelas darjah satu . Kelas peringkat sekolah rendah diadakan di sebuah bilik sewaan yang berdekatan dengan bilik tadika.
Tahun 1930-an Pada bulan Jun 1931, Puan Tan Choon Lan mengambil alih tugas sebagai guru besar. Madam Seah Kok En pula memegang jawatan ini pada tahun 1932. Madam Seah mele tak jawatan pada tahun berikut.Oleh itu,urusan pentadbiran sekolah diuruskan oleh pengerusi Jemaah Pengurus Encik Chew Cheng How pada tahun 1933. Bilangan pelajar yang bertambah dengan pesat pada tahun 1935 menyebabkan pihak sekolah membuat keputusan menyewa sebuah banglo di Lorong Hutton untuk dijadikan bangunan sekolah. Selepas berpindah, Taman Tadika Union ditukarkan kepada Sekolah Union.Pada masa itu, urusan sekolah dijalankan oleh Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah, En Huang Mao Ting. Pada tahun 1936, Encik Wang Lek Oo dilantik sebagai guru besar. Beliau telah berusaha membuka kelas latihan guru-guru tadika. Pada masa yang sama, Jemaah Pengurus Sekolah membuat perancangan untuk membina bangunan sekolah yang baru. Encik Chew Cheng How dan Encik Ong Keng Seng telah menderma sebanyak RM10,000.00. Pada tahun 1937, Encik Aw Boon Hor telah menderma sebanyak RM15,000.00 kepada Jemaah Pengurus Sekolah untuk membeli sebidang tanah di Jalan Burma yang bernilai sebanyak itu. Kerja-kerja penbinaan sekolah bermula pada 27.11.1937 dan siap pada 30.4.1938. Bangunan ini dibuka secara rasmi oleh Encik Chew San Yu JP. Guru besar pada tahun 1939 ialah Madam Looi Chooi Cheng. Beliau megubah suai kelas latihan guru kepada kelas peringkat menengah rendah. Sebanyak 17 orang pelajar tamat pelajaran mereka pada peringkat ini pada hujung tahun tersebut. 
Tahun 1940-an Madam Law Siew Eng ialah guru besar sekolah ini pada tahun 1940 . Beliau digantikan oleh Madam Song Chia pada tahun 1941 . Perang Pasifik berlaku pada akhir tahun ini dan pelajaran terpaksa diberhentikan . Pasukan tentera Jepun telah menggunakan bangunan sekolah ini . Peperangan itu berakhir pada tahun 1945 . Pada bulan November , pemangku guru besar Encik Ang Tee Hooi telah berusaha untuk membuka sekolah ini semula . Kelas-kelas yang diadakan ialah kelas tadika dan kelas sekolah rendah bawah .Pada tahun1947, kelas sekolah rendah atas diadakan semula. Pada bulan Ogos 1948 , Madam Cheong Kheng Choo dilantik sebagai guru besar sekolah rendah. Madam Cheong berusaha untuk membuka kelas-kelas peringkat sekolah menengah semula. 
Tahun 1950-an Kelas ini menjadi kenyataan pada tahun 1951 . Oleh kerana kekurangan bilik darjah, Seterusnya dua buah bilik darjah yang baru telah dibina di tingkat atas bangunan kantin pada tahun 1955 . Encik Lee Guat Cheow dilantik menjadi Pengerusi Jemaah Pengurus pada tahun 1957 . Pada tahun yang berikutnya, sekolah rendah menerima bantuan penuh daripada kerajaan .Nama sekolah rendah ditukar menjadi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Union. Dengan itu , pengurusan sekolah telah dipisahkan kepada bahagian sekolah menengah, sekolah rendah dan tadika . Madam Cheong Aun Pang dilantik sebagai guru besar baru sekolah rendah sementara Madam Cheong Kheng Choo kekal sebagai pengetua sekolah menengah dan guru besar tadika .Pada tahun 1959 , Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Sekolah Menengah ditubuhkan . 
Tahun 1960-an Sebidang tanah di Jalan York telah dibeli . Kerja-kerja pembinaan bangunan ini dimulakan pada tahun 1961 . Setahun kemudian , sekolah menengah menerima bantuan penuh daripada kerajaan .Nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Union. Lembaga Pentadbir melantik Madam Teh Looi Ai untuk mengetuai taman tadika dan Madam Cheong Kheng Choo dilantik sebagai pengetua sekolah menengah . Pada tahun 1963 , para guru dan pelajar berpindah ke bangunan baru yang terletak di Jalan York. Kelas-kelas menengah atas dimulakan pada tahun yang sama. Pada tahun 1964, Madam Neoh Poh Chuan dilantik sebagai guru besar tadika. Pada tahun 1965, 32 orang pelajar lepasan peringkat menengah atas yang pertama telah menamatkan pengajian. Pada tahun 1968 , Persatuan Alumni Union ditubuhkan. 
Tahun 1970-an Pada tahun 1971 , Jawatankuasa Pembinaan Sekolah Rendah ditubuhkan. Jawatankuasa itu bercadang hendak membina 17 buah bilik darjah tambahan . Cadangan ini menjadi kenyataan pada tahun 1973. Pada tahun 1972, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) sekolah rendah ditubuhkan. Madam Cheong Kheng Choo bersara pada tahun 1972 dan Madam Huang Hie Ding menggantikan tempat beliau sebagai pengetua sekolah menengah. Pada tahun 1973, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) sekolah menengah ditubuhkan. Pada tahun 1976 pula , usaha-usaha untuk memperbesar bangunan sekolah menengah ( blok A ) dijalankan . Seorang penderma yang tidak mahu namanya disebut telah menderma sebidang tanah yang seluas 10,000 kaki persegi . Kerja-kerja pembinaan dimulakan pada 1 Mei , 1976 . Pada tahun 1977 , Penolong Pengerusi Lembaga Pentadbir Dato Ong Hoo Kim merasmikan bangunan blok A. Dewan sekolah yang terdapat di Blok A juga mula digunakan dengan perasmian pembukaan tersebut. Pada tahun 1979, Madam Cheong Kheng Choo bersara dan Encik Teh Choo Hin menyandang jawatan guru besar sekolah rendah. 
Tahun 1980-an Pada tahun 1980 ,sekolah menengah diisytiharkan sebagai jenis Gred A . Pada bulan Disember 1980 , Puan Ong Geok Lam pula menggantikan Madam Huang sebagai pengetua sekolah menengah .Pada tahun 1980, Encik Chong Tek Choong dilantik sebagai guru besar sekolah rendah. Pada tahun 1981 , Dato Ong Hoo Kim dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pentadbir. Pada tahun 1984, Encik Teh Choo Hin dilantik sebagai guru besar sekolah rendah.Pertambahan bilangan pelajar mendorong Lembaga Pentadbir membuat perancangan membina bangunan baru.Pihak sekolah berjaya memungut RM370,000 daripada Walkaton Union 1985 anjuran bersama Lembaga Pentadbir, Jawatankuasa Pembinanaan Bangunan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Persatuan Alumni Union. Pada tahun 1986 , Malam Union turut diadakan bagi mengutip derma untuk tabung bangunan sekolah dan kerja-kerja pembinaan blok baru empat tingkat sekolah rendah dimulakan.Pada bulan Mac 1986, kerja-kerja pembinaan bangunan baru iaitu Blok F dimulakan untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. 
Pada tahun 1990, bangunan baru sekolah menengah iaitu Blok F yang bertingkat empat turut siap dibina dan digunakan . Tahun 1990-an Pada tahun 1990, Pengerusi Lembaga Pentadbir Sekolah Dato Ong Hoo Kim merasmikan pembukaan bangunan Blok F.Di bangunan baru ini terdapat gelanggang badminton, bilik darjah, bilik kemahiran hidup serta kantin. Puan Ong Geok Lam bersara pada September 1990 dan tempat beliau diganti oleh Puan Cheong Siew Gaik pada September 1990. Pada tahun 1994, Puan Tan Beng Kheng dilantik sebagai guru besar Tadika Union. Kerja-kerja pembinaan bangunan baru sekolah iaitu Blok Sains dan Teknologi bermula pada akhir bulan September 1998, manakala pungutan derma telah dimulakan pada tahun 1997. Pada tahun 1998, Encik Tan Ah Chye dilantik sebagai guru besar sekolah rendah Union menggantikan Encik Teh Choo Hin yang bersara. Pada bulan Jun 1999, Puan Cheong Siew Gaik bersara. Pada Julai 1999, Puan Wong How Chan pula dilantik sebagai pengetua. Pada Ogos 1999, Kwong Wah Jit Poh berjaya mengutip sejumlah RM 250 000 untuk Tabung Bangunan Sekolah melalui Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Lama Peringkat Akhir Kebangsaan. 
Tahun 2000-an Blok baru, blok Sains dan Teknologi ( Blok E ) mula digunakan pada Januari 2000. Blok ini merangkumi dua buah makmal komputer, dua buah makmal Sains, tiga buah bengkel Kemahiran Hidup dan empat buah bilik darjah. Sebanyak 60 buah komputer dipasangkan di bilik komputer dengan kemudahan internet. Kelengkapan-kelengkapan di dalam salah sebuah bilik komputer termasuk 30 buah komputer dan kerusi mejanya didermakan oleh seorang penderma yang tidak mahu namanya disebut. Bilik guru turut diperluas pada 2000 dengan memecahkan tembok di antara bilik guru dan bilik AVA untuk menambah keselesaan guru. Dua buah komputer juga dipasangkan di bilik guru untuk memudahkan guru-guru menyediakan bahan-bahan pengajaran. Kemudahan-kemudahan di perpustakaan sekolah juga ditingkatkan dengan sebuah bilik bacaan berhawa dingin dan pemasangan enam buah komputer untuk kegunaan pelajar dan guru.Kemudahan melayari internet juga disediakan. Dewan kuliah yang berhawa dingin yang juga berfungsi sebagai bilik tayangan di Blok F menggantikan bilik tayangan yang lama. Bilik Bimbingan dan Kaunseling berhawa dingin yang dimuatkan dengan pelbagai maklumat menjadi tempat rujukan dan bimbingan kepada pelajar yang menghadapi masalah kerjaya dan peribadi. Bilik Pergigian pula ialah tempat menjaga kesihatan pergigian pelajar. 15 buah kipas besar dipasang di dewan sekolah untuk menambahkan keselesaan pelajar yang menjalankan aktiviti-aktiviti di dewan. Pejabat sekolah juga dipasangkan dengan hawa dingin bagi meminimumkan bunyi bising dan habuk memandangkan pejabat sekolah terletak berhampiran dengan jalan utama. Sebuah pondok pengawal keselamatan juga dibina di tepi pintu masuk sekolah. Laluan berbumbung dipasang dari pintu kecil di tepi sekolah hingga ke kantin sekolah sebagai teduhan kepada pelajar daripada panas dan hujan. Pada tahun 2001, Dato Choot Ching Koon dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pentadbir. Pada tahun yang sama, kutipan derma dijalankan dengan mengadakan Malam Kebudayaan Union di Dewan Perhimpunan Cina, Pulau Pinang pada 26 Ogos ,2001. Malam Kebudayaan tersebut ialah anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Persatuan Alumni Union. Kutipan sebanyak RM 120,000 pada malam tersebut digunakan untuk membiayai pembinaan pintu gerbang dan tembok sekolah serta meningkatkan kemudahan sekolah. Lantai kantin sekolah yang berjubin menjadikan kantin kelihatan ceria dan indah. Kawasan letak kereta sekolah juga ditar bagi memudahkan guru-guru serta ibu bapa. Pada Ogos 2001, pagar dawai sekolah diruntuhkan sebagai tapak persediaan untuk pembinaan tembok baru. Tembok ini telah siap pada awal bulan Januari 2002. Pada 17 Mei 2002, upacara pembukaan blok E, Iaitu Blok Sains dan Teknologi dan tembok sekolah baru telah dirasmikan bersama oleh Datin Lim Siew Khim, Penasihat Kehormat Lembaga Pentadbir Sekolah dan Dato Choot Ching Khoon, Pengerusi Lembaga Pentadbir sekolah. Upacara tersebut dimeriahkan lagi dengan majlis makan malam dan konsert bersama kakitangan tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah Union. Sebanyak RM 100,000 berjaya dikutip pada malam tersebut sebagai derma pemasangan hawa dingin di dewan sekolah. Pada bulan September 2002, dewan sekolah telah diperbaharui dengan pemasangan 14 buah hawa dingin, kipas, lantai berjubin, langsir baru dan sistem audio yang baru. Pada 24 Oktober 2002, Arkib Sekolah telah dirasmikan oleh Dato Choot Ching Khoon, Pengerusi Lembaga Pentadbir Sekolah. Arkib Sekolah merupakan bilik khas untuk menyimpan dokumen-dokumen, foto-foto bersejarah dan pingat-pingat serta tropi-tropi yang dimenangi oleh pelajar-pelajar dalam pertandingan-pertandingan di luar sekolah. Pada tahun 2003, bangunan-bangunan di kawasan sekolah menengah dicat semula sebagai persediaan untuk menyambut ulang tahun sekolah yang ke-75. Pada 25 Julai 2003, sekolah meraikan perayaan ulang tahun yang ke-75 dan majlis persaraan pengetua sekolah menengah , Puan Wong How Chan. Pada malam tersebut, jamuan makan malam bersama tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah diadakan bagi menyambut Hari Guru. Kutipan derma sebanyak RM 230,000 juga dipungut untuk pemasangan hawa dingin di dewan sekolah rendah Menjelang bulan Julai 2003, terdapat sebanyak 49 buah kelas di sekolah menengah. Jumlah pelajar yang berdaftar adalah seramai 1651 orang. Jumlah guru pula ialah seramai 88 orang. Kini, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Union telah mencipta nama sebagai sebuah pusat pendidikan yang mempunyai kelengkapan yang sempurna serta berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburi. Berkat pimpinan pengetua dan sokongan Lembaga Pentadbir yang berterusan,pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan bidang ko-kurikulum meningkat dari setahun ke setahun.Pihak sekolah menitikberatkan perkembangan intelek , emosi, mental serta fizikal yang seimbang dalam kalangan pelajar. Pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan bidang kokurikulum diberi tumpuan yang sama.Selain pencapaian pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, pelajar-pelajar sekolah ini juga mengambil bahagian yang aktif dalam pertandingan-pertandingan peringkat zon dan peringkat negeri dan berjaya mencatatkan pencapaian yang membanggakan. Dalam bidang sukan, sekolah juga berjaya melahirkan atlet-atlet yang berpotensi dan berbakat yang telah mengharumkan nama sekolah. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Union memikul tanggungjawab untuk mendidik, membentuk dan melahirkan generasi baru negara yang berketerampilan, berwawasan dan sentiasa bergerak ke hadapan sejajar dengan perkembangan modenisasi dunia. Seluruh warga sekolah mendasari misi dan visi sekolah bagi mendepani cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi dengan tabah.

 

协和,历史悠久,源远流长。远在1928年,一群热心教育的教会人士以槟城油较路美以美教会为校舍,创立了"协和幼稚园",从而标志了协和学校83年悠远历史的开始。林素莲女士成为本校第一任校长。同年,第一届董事会成立,吴源和先生担任主席。
1935 董事部鉴于学生人数不断增加,便把校舍迁至一所位于惹兰亚珍的洋楼,并改名为"协和学校"
1936 学校增设"幼稚园师范",董事部决定筹款兴建校舍。
1938 车水路的新校舍建竣。
1939 "幼稚园师范"改制为初级中学。
1941 由于太平洋战争不幸爆发,校务被迫停顿,校舍也被日军占用。
1945

战争结束,校舍得以收回,由于设备不足及经济困难,只有幼稚园及初 小得以复课。

1947 高小复课。
1951 停课多年的初中终于复办。
1958 本校小学接受政府津贴,称为"协和国民型华文小学"。自此,协和中学、小学和幼稚园的行政分开。
1962 本校中学部接受政府津贴。
1963 协和中学迁入约路的新校舍,增办高中一班。
1965 本校第一届高中32名学生毕业。
1968 协和校友会成立。
1972 小学家长教师协会成立。
1973 中学家长教师协会成立。
1976 一位不愿透露姓名的热心家捐献一块面积一万多方尺位于中学部右邻的地段,作为扩建中学新校舍之用。
1977 本校中学A座新校舍扩建完成。中学终于拥有了礼堂。
1980 协和中学成为一所A型学校。
1986 由于学生人数逐年增加,导致中学部原有课室不敷应用,董事部于是决定筹款兴建另一座中学新校舍。
1990 一座四层楼高的中学F座新校舍终于落成。这座新校舍除了拥有食堂、课室及家政室之外,还有一个室内羽球场。
1997 本校中学部开始筹建科学工艺楼。
2000 科学工艺楼开始启用。它拥有三间生活技能室、两间科学实验室、四间课室及两间电脑室。电脑室总共拥有60台先进的电脑,并且安装伺服器与互联网。其中一件电脑室内的全部设备包括30台电脑及桌椅是由一名不愿透露姓名的热心人士所捐献。图书馆增设了一间冷气自学室。图书馆一共拥有6台全部安装互联网的电脑,一台扫描机和四台打印机,供师生使用。教员办公室增设两台电脑及扩大教员办公室。F座课室设立一间设备齐全、宽敞舒适的冷气兼放映室。礼堂装置15把大型风扇。学校办事处装置了冷气设备。校方也增设守亭及从小校门至食堂之间的走道建起了一坐遮蓬。
2001 筹建校园围墙兼门楼,以及提升校园内的其他设备。
2002 校园围墙兼门楼建竣。校门及A座课室之间的马路及停车场铺上了柏油。食堂也铺上了新地砖。中学礼堂装置14架冷气,地面铺上全新地砖,窗帘更换、音响系统全面提升的冷气礼堂开始启用。学校档案室成立。
2003 中学校园重新油漆
2005 图书馆装置了空调设备。校方收集了学生作品,出版第一期文集《嘉禾》
2006 校方添置冷气行政室。食堂装置了风扇。
2007 校方装置了14个闭路电视及防盗系统及出版了《协和校讯》创刊号,以传达校园信息
2008 为了顾及学生的安全及避免日晒雨淋,改善及加宽了学生走廊及候车亭。
2009 本校增设教职员用餐室及粉刷食堂。
2010 本校获教育部增添100张桌子,同时也获得州教育局增添100张椅子。此外,本校增设了3间储藏室,提升闭路电视系统,教务处电脑设备,老师资料室及休息室设施。与此同时,也在食堂及教务处前沟渠设置铁框,修建D座楼上学生厕所及女教师厕所,更换大部分课室的木门。
2011 校友会捐献三万令吉予母校购置印刷机、流动荧幕、放映机。本校以一马教育基金提升校园设备,如装置三台智能一体机于会议室,电脑室及讲堂,修建食堂,更换窗帘,课室布告板,粉刷校园等。
数十年来,协和中学在历任校长的领导及历届董事会的支持下,校务蒸蒸日上,学生们无论在学业上或课外活动方面皆有不俗的表现。协和中学,任重道远。它肩挑文化传承的使命,继往开来,它背负作育英才的重担,永不停歇。