SMJK KRIAN

吉辇国民型华文中学
礼义廉耻


About Us 关于我们 - School History 学校历史

A+ A- Reset

SEJARAH PERKEMBANGAN SMJK KRIAN
吉辇中学简史


1959 - Diketuai oleh tokoh pendidikan En Cheng Yee Fong, serta tokoh-tokoh tempatan En Lim Leong Bok.JP, En Ong Sian Chooi JP,AMN, En Goh Lim Chuan,En Ang Kim Chuan dan lain-lain bermesyuarat dan mengambil keputusan memohon untuk menubuhkan sebuah sekolah menengah.

1960 - SMJK Krian dibuka secara rasmi pada 4.1.1960. Buat sementara, sekolah ini ditempatkan di sebuah bangunan lama yang dipinjam daripada pihak sekolah SRJK(1) Yu Chai, Kuala Kurau. - En Lim Leong Bok JP dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pentadbir Sekolah dan En Soong See Yu sebagai Pengetua pada masa itu. Bilangan pelajar hanya seramai 72 orang.

1961 - En Nie Chie Swee dilantik sebagai pengetua yang kedua sekolah ini. Pada tahun yang sama , sekolah ini telah diluluskan sebagai sekolah menengah bantuan modal dan sebidang tanah dengan keluasan sebanyak 3 ekar telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk dijadikan tapak sekolah baru.

1964 - Pada bulan Mei, apabila 10 buah bilik darjah telah siap dibina, maka sekolah dipindah ke bangunan sekolah baru sendiri. Pihak sekolah telah mendapat kelulusan untuk membuka kelas tingkatan 4 aliran sastera.

1965 - Golongan pelajar yang pertama sekolah ini menduduki peperiksaan SC dan MCE.

1967 - Pembinaan bilik Makmal Sains.

1972 - Pembinaan bilik sains Rumah Tangga. Pada 13 Sept, berlaku Tragedi Feri Tenggelam di Sungai Kerian terdapat seramai 17 orang pelajar sekolah ini terkorban.

1974 - Bilangan pelajar telah meningkat sehingga seramai 720 orang. Pihak sekolah bersama LPS menganjur "Jogathon Amal" telah berjaya mengutip derma daripada masyarakat tempatan berjumlah RM30 000.00, serta dengan peruntukan sebanyak RM20 000.00 daripada Kementerian Pelajaran untuk membina bilik darjah baru, pintu serta pagar sekolah. - Pada permulaan bulan Mei, En Cheng Yee Fong telah dilantik sebagai pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang pertama.

1975 - En Beh Chong Moh dilantik sebagai Pengerusi PIBG.

1976 - Pada bulan April, Penubuhan Persatuan Murid-Murid Tua Sekolah dan kemudian telah mendapat kelulusan pendaftaran pada tahun 1980. - En Nie Chie Swee bersara, En Wong Yuk Ling mengambilalih jawatan sebagai pengetua ketiga sekolah ini.

1978 - En Wong Yuk Ling ditukar ke sekolah lain. En Tan Keen Keat mengambilalih tempatnya sebagai pengetua keempat sekolah ini. En Ooi Kat Seng JP.PJK.PKT dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pentadbir Sekolah yang kedua. - Pada tahun ini, pihak sekolah memulai Kelas Tingkatan 4 aliran Sains.

1980 - Pembinaan satu blok bangunan 2 tingkat dengan perbelanjaan sebanyak RM330 000.00. RM110 000.00 daripada perbelanjaan tersebut merupakan peruntukan Kementerian Pelajaran. Blok bangunan 2 tingkat tersebut mempunyai bilik perpustakaan, tandas dan 11 buah bilik darjah. - En Khor Teng How AMP dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pentadbir Sekolah yang ketiga.

1981 - Pembinaan blok bangunan 2 tingkat yang baru telah siap .- Pengerusi PIBG En Chong Moh mengesyorkan supaya menubuhkan Yayasan Bantuan Pelajar Miskin dan telah berjaya mengutip sebanyak RM10 000.00 sebagai modal.

1982 - Mendapat peruntukan Kerajaan untuk membina semula gelanggang bola Keranjang, pembinaan makmal Sains dan memperbaikpulih tandas- tandas.

1983 - Upacara pembukaan rasmi bangunan baru sekolah ini diadakan dan disempurnakan oleh YB Datuk Chan Siang Sun DIMP.JSM,JP. Timbalan Menteri Penerangan Malaysia pada masa itu. - En Loh Theng Lim dilantik sebagai Pengerusi PIBG.

1984 - Pengetua En Tan Keen Keat ditukar ke sekolah lain dan En Thean Ming Kong mengambilaih tempat beliau sebagai pengetua kelima sekolah ini.

1985 - PIBG menganjurkan "Jogathon Krian" untuk mengutip derma sebanyak RM50 000.00 sebagai Tabung Perpustakaan dan Kelab Komputer sekolah.

1986 - En Thean Ming Kong bersara secara syarat, Penolong Kanan En Loi Shean Siew dilantik sebagai pemangku Pengetua.

1988 - En Ding Buoi Soon sebagai pengetua sekolah yang keenam.

1991 - En Beh Chong Moh dilantik sebagai Pengerusi LPS keempat. En Heng Weng Nam dilantik sebagai pengerusi PIBG.

1992 - En Ding Buoi Soon bersara, Penolong Kanan En Woo Tack Lok dilantik sebagai pemangku pengetua.

1993 - En Loh Theng Lim dilantik sebagai pengerusi LPS kelima. - En Cheong Teng Wan menyandang jawatan Pengetua . - 3hb Jun satu pertunjukan amal (Konsert 10 Bintang Penyanyi) dianjur olah PIBG, LPS dan Persatuan Murid-Murid Tua sekolah serta ditaja oleh Nanyang Siang Pau dan Syarikat Carlsberg telah berjaya mengutip derma sebanyak RM460 000.00 bagi tujuan membina satu blok bangunan 4 tingkat.

1994 - Dr Goh Swee Seng dilantik sebagai pengerusi PIBG. - PIBG menganjurkan larian Parenthon untuk mengutip derma bagi menubuhkan Pancaragam sekolah. Sejumlah RM50 000.00 berjaya dikutip. - En Cheong Teng Wan ditukar ke sekolah lain. En Woo Tack Lok sekali lagi memangku jawatan pengetua. - 10hb Ogos, pasukan pancaragam sekolah ini ditubuhkan dan telah mencatat sejarah sebagai satu-satunya pancaragam di kalangan sekolah sekolah menengah di daerah Kerian. - Hujung tahun, projek pembinaan blok bangunan 4 tingkat yang mempunyai 16 buah bilik darjah siap dibina.

1995 - Cik Loo Nyeok Ching menyandang jawatan pengetua kelapan tetapi juga bersara secara syarat. - Pn Lily Chin mengambilalih jawatan pengetua kesembilan.

1996 - 7hb Sept. Majlis pembukaan rasmi Blok bangunan 4 tingkat telah disempurnakan oleh Dato Fong Chan Onn, Timbalan Menteri Pendidikan pada masa itu . - PK En Woo Tack Lok bersara dan pada masa yang sama, Pn Lily Chin ditukar ke sekolah lain.

1997 - En Phang Chee Keong menyandang jawatan pengetua sekolah kesepuluh. -Pembinaan 2 buah gerbang pintu sekolah.

1999 - En Ang Poon Thiam dilantik sebagai pengerusi PIBG. - En. Teh Et Beng PPN menyandang jawatan pengerusi LPS keenam. - Sekolah mendapat anugerah pasukan uniform dan kurikulum terbaik daerah Kerian.

2000 - En Phang Chee Keong bersara. - En Liew Shee Leong mengambilalih jawatan pengetua yang kesebelas. 2001 - 23hb Sept. pertunjukan Amal (Konsert Top 10 Penyanyi utama) yang dianjurkan oleh PIBG, LPS dan Persatuan Murid-Murid Tua sekolah bersama Kuang Hua Jit Pao dan Tiger Beer, berjaya mengumpul sebanyak RM 1 600 000.00 bagi projek pembinaan blok bangunan 5 tingkat. - En Liew Shee Leong ditukar ke Sg. Siput. En Siow Kin Foo menjadi pengetua yang kedua belas. - En Beh Swee Chaik dilantik sebagi pengerusi PIBG .-En Yong Chai Seng dilantik sebagai pengerusi LPS ketujuh.

2002 - Projek pembinaan blok bangunan 5 tingkat telah siap .- PIBG menganjurkan Merentas Desa untuk mengutip derma bagi melengkapkan kemudahan bilik gimnastik sekolah.

2003 - Blok bangunan 5 tingkat mula digunakan dan telah dapat mengatasi masalah kekurangkan bilik darjah . PIBG menganjur dan warga sekolah melancarkan "Hari Kantin", telah berjaya mengutip sebanyak RM23 000.00 sebagai tabung pembinaan sekolah.