关于我们 About Us - 目标 Objective


A+ A- Reset

Kami warga SMJK Perempuan Perak, Ipoh Dengan penuh tekad dan iltizam Berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk : 1. Memastikan Program Pengajaran-Pembelajaran dilaksanakan dengan lancar dan sempurna selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dan pengisian Wawasan Pendidikan ke arah `Zero Defect'. 2. Mewujudkan alam sekitar yang bersih, sihat, ceria dan selamat untuk didiami. 3. Menyediakan kemudahan yang selesa kepada warga sekolah selaras dengan budaya sekolah penyayang. 4. Memastikan semua pelajar mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum supaya potensi setiap individu dapat dikembangkan ke tahap tertinggi sama ada dari segi fizikal, mental, rohani mahupun emosi. 5. Memastikan tahap keselamatan sekolah sentiasa terjamin. 6. Mendidik pelajar-pelajar supaya menjadi individu yang berdikari, berdisiplin, berhemah tinggi, bertanggungjawab, berketrampilan, bekerjasama dan sentiasa menyumbang kepada masyarakat. 7. Mengamalkan sikap terbuka dan perhubungan yang rapat dengan ibu bapa pelajar-pelajar sekolah ini. 8. Menerapkan nilai-nilai murni dalam semua aktiviti sekolah. 9. Bekerjasama dengan semua lapisan masyarakat untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.