Tentang Kami - Misi


A+ A- Reset

1. Membimbing dan membentuk pelajar yang kamil, serba boleh, berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia dari segi emosi, mental, fizikal serta rohani sejajar dengan falsafah dan Wawasan Pendidikan negara. 2. Memupuk dan menanam kesedaran terhadap tanggungjawab bersama melalui penglibatan dalam pelbagai program kurikulum dan projek kokurikulum yang disediakan. 3. Memberi pendidikan yang sempurna dan canggih yang berteraskan teknologi maklumat kepada semua pelajar dengan penuh iltizam ke arah merealisasikan WAWASAN 2020. 4. Membimbing pelajar merealasasikan dan menghayati moto sekolah agar sentiasa cemerlang dalam segala aspek kurikulum dan kokurikulum melalui komitmen dan penuh semangat daripada staf sekolah yang produktif, inovatif, kreatif dan berwawasan. 5. Melahirkan warga sekolah dan bakal ahli masyarakat yang bersifat penyayang, berdisiplin, bersatu-padu, berhemah tinggi, menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara dan bertanggungjawab sejajar dengan matlamat wawasan pendidikan dan negara. 6. Melahirkan pelajar yang mahir berkomunikasi secara berkesan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.