SMJK KWANG HUA

巴生光华国民型华文中学
诚 勤 俭 毅


关于我们 About Us - 其他 Other

A+ A- Reset

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

Dalam merealisasikan Visi Sekolah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan berkualiti cemerlang, maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji memberi perkhidmatan yang berkualiti: 

Kepada Pelajar

  • Memastikan guru memasuki kelas mengikut masa yang ditetapkan.
  • Memastikan semua pelajar dapat menjadi ahli kelab dan persatuan, sukan dan permainan serta unit beruniform.
  • Memastikan semua pelajar mendapat layanan yang adil dan saksama daripada pihak sekolah.

Kepada Staf

  • Aduan staf diambil tindakan selewat-lewatnya satu hari kemudian.
  • Memastikan permintaan dan pesanan dibekalkan dalam tempoh 2 hari.
  • Mengagihkan tugasan dengan saksama dan seimbang.

Kepada Penjaga

  • Dilayan serta-merta semasa berkunjung ke pejabat sekolah.
  • Menerima buku kemajuan selepas 15 hari tamat peperiksaan. 
  • Melaporkan kes kemalangan pelajar kepada penjaga dengan serta-merta.

Kepada Komuniti

  • Memberi layanan serta-merta kepada pelawat
  • Bekerjasama dengan komuniti untuk pembangunan sekolah.

Kepada Negara

  • Menyediakan bakal sumber manusia untuk memenuhi keperluan negara.
  • Menyediakan warganegara yang boleh memberi sumbangan kepada keamanan dan kemakmuran negara.