SMJK KATHOLIK MELAKA

马六甲公教国民型华文中学
BERILMU 勤学业 BERAKHLAK 重公德 BERWAWASAN富理想


资讯 Information - 家长协会 PTA

A+ A- Reset

 

             

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

        Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di sekolah ini bagi menyahut seruan YAB Datuk Hussien Onn, Menteri Pendidikan pada tahun 1973 supaya PIBG diadakan di setiap sekolah.

        Mesyuarat PIBG kali pertama telah berjaya diadakan pada 13 Oktober 1973, atas usaha pengetua dan sokongan para guru dan ibu bapa pelajar sekolah ini.  Pendaftaran PIBG telah diluluskan oleh Pendaftar sekolah-sekolah Melaka pada 15 Januari 1974.  Semua guru dan ibu bapa ialah anggota persatuan ini.

        Mesyuarat agung dan mesyuarat AJK PIBG sekolah ini dijalankan mengikut perlembagaan persatuan.  Pengetua Sekolah bertindak sebagai penasihat persatuan.  Pengerusi PIBG terdiri daripada wakil ibu bapa yang dilantik untuk merancang aktiviti yang sesuai bagi persatuan.

         PIBG ditubuhkan untuk menjaga kebajikan para pelajar. PIBG sekolah ini telah memainkan peranan untuk memperbaiki suasana pembelajaran dan pengajaran di sekolah ini dari semasa ke semasa.  PIBG juga menyediakan peluang bagi ibu bapa dan guru-guru untuk bertukar-tukar pendapat tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah demi kecemerlangan pelajar.

         Setiap tahun PIBG sekolah ini memperuntukkan sebahagian wang persatuan untuk menyediakan hadiah-hadiah kepada para pelajar yang memperoleh kejayaan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum serta memberi bantuan wang tunai kepada kelab dan persatuan pelajar untuk menjalankan aktiviti.  Mulai tahun 1994 PIBG juga menyediakan hadiah berupa wang tunai kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM. 

        Mulai tahun 1994, sekolah ini telah menerbitkan ‘Newsletter' sekali setahun untuk memuatkan berita dan pengumuman penting kepada ibu bapa. Penerbitan ‘Newsletter' membolehkan anggota-anggota persatuan mengetahui
kegiatan-kegiatan yang dijalankan di sekolah.

        Pada 20 April tahun 2008, PIBG, pihak sekolah, LPS, dan Persatuan Murid-murid Tua telah bekerjasama untuk menyambut ulang tahun sekolah ke-50 dan mengadakan jamuan makan malam bagi mengutip derma untuk tabung pembangunan infrastruktur sekolah. Derma yang berjaya dikutip ialah sebanyak RM 100,000.

        Pada 21 Oktober 2010, LPS, PIBG, Persatuan Murid-murid Tua dan pihak sekolah dengan kerjasama Kumpulan Akhbar Nanyang  dan Syarikat Carlsberg telah mengadakan Konsert Amal Jamuan Makan Malam mengutip derma bagi tabung pembinaan dewan serba guna sekolah.  Derma berjumlah hampir 1 juta ringgit berjaya dikutip.  Pada 19 Disember 2010, upacara pecah tanah pembinaan dewan serba guna telah dilangsungkan.  Pada 30 Julai 2011, dewan serba guna telah siap dibina.  Satu jamuan makan malam sempena upacara pemberkatan dan majlis perasmian dewan tersebut telah diadakan.

 

 

公教中学家长教师协会

        本家教协会成立于1973年,至今已有38年的历史。本校全体学生家长与教师都是本协会的当然会员。协会的宗旨是照顾学生福利,也提供管道让家长与教师交换意见。近四十年来,本协会同董事部合作,发展和改善学校设备,以提高学生的教育水平。

        本协会自成立以来,蒙各位家长、教师与热心人士鼎力支持,出钱出力,才有较充足的经费来进行各种有意义的活动。本协会素来都有赠送奖品予在学术和课外活动方面表现优异的学生,也拨款予各学生团体以进行活动。自1994年起,本协会颁发奖励金予PMRSPM考试成绩优异的学生。

        1994年开始,本协会每年出版会讯,希望通过会讯向家长传达本协会讯息和学校活动概况。

         2008420本协会联合校方、董事部、校友会举办庆祝创校50周年金禧纪念暨筹募基本建设基金千人晚宴,筹得十万令吉。

        20101021日,本协会联合校方、董事部、校友会,在南洋报业和皇帽集团协助下,举办十大歌星义演晚宴,筹募公中礼堂建造基金近一百万元。1219日举行礼堂破土仪式。

        2011730日,公中礼堂落成,举办晚宴庆祝,并由本校董事会原主席王春新神父主持祝圣仪式。