SMJK HWA LIAN MENTAKAB

勤勇朴仁

关于我们 About Us

A+ A- Reset

文德甲华联国民型华文中学校史

SEJARAH PERKEMBANGAN SMJK HWA LIAN, MENTAKAB, PAHANG DM

 •A. Pendahuluan :

Penubuhan SEK. MEN. J/K HWA LIAN MENTAKAB pada 08.01.1958 pada asalnya merupakan sebuah sekolah menengah swasta. Ia ditubuhkan untuk membolehkan murid-murid yang tamat persekolahan darjah enam di sekolah rendah Cina tempatan agar dapat melanjutkan pelajarannya ke sekolah menengah ketika itu. Sebelum ini, murid-murid sekolah Cina yang tamat pelajarannya di peringkat persekolahan rendah terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur, Ipoh atau Singapura untuk melanjutkan pelajaran mereka kerana tidak ada kemudahan sekolah menengah di kawasan sekitar Mentakab. Bagi keluarga yang miskin, mereka tidak mampu menghantar anak mereka ke bandar-bandar tersebut dan anak mereka terpaksa berhenti persekolahannya.

•B. Projek Pembinaan Bangunan 1956 - 1958

Atas kesedaran ingin memberi kemudahan melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat sekolah menengah, satu Jawatankuasa Kutipan Derma yang diketuai oleh Dato Ngau Ken Lock telah ditubuhkan pada tahun 1956 untuk mengutip derma bagi Tabung Pembangunan sebuah sekolah menengah. Kempen mengutip derma ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk-penduduk tempatan kerana mereka ingin anak mereka melanjutkan pelajaran sekolah menengah di bandar Mentakab.

Di samping itu, terdapat juga beberapa badan sukarela tempatan seperti Kelab Belia Mentakab, Persatuan Murid-Murid Sekolah Rendah Chung Hwa Mentakab dan Pertubuhan-Pertubuhan Sosial Temerloh turut terlibat dalam kempen kutipan derma tersebut dengan mengadakan Malam Amal Pertunjukkan Kebudayaan.

Sek. Men. Hwa Lian Mentakab diwujudkan secara rasminya pada 08.01.1958 merupakan sebuah sekolah menengah swasta. Sekolah tersebut masih tidak mempunyai sebarang kemudahan fizikal seperti bangunan sekolah yang konkrit pada sesi persekolahan awal. Pelajar Sek. Men. Hwa Lian yang berjumlah 111 orang terpaksa belajar dengan menumpang di Sekolah Rendah Chung Hwa dan tenaga pengajarnya hanyalah seramai 5 orang di bawah pengelolaan Pengetua yang pertama, En. Wong Ku Yoke.

Pada bulan Mei , 1958, Jawatankuasa Kutipan Derma Sek. Men. Hwa Lian Mentakab berjaya membeli sebidang tanah seluas 5 ekar di Batu Satu, Jalan Karak dan ditambah keluasan tanah sehingga 8 ekar pada tahun berikutnya. Kerja-kerja pembinaan bangunan sekolah telah dimulakan sejak 1958.

Kerja-kerja pembinaan 2 blok bangunan sekolah yang mengandungi 9 buah bilik darjah hanya disiapkan pada penghujung tahun 1960. Akbatnya, pelajar Sesi Persekolahan 1958 hampir menghabiskan tempoh persekolahan menengah mereka dengan menumpang di Sekolah Rendah Cina Chung Hwa semata-mata. Mereka cuma dapat belajar di bangunan baru di Sek.Men. Hwa Lian selama 2 bulan sahaja. Namun, kewujudan sekolah ini pada 1958 telah membolehkan pelajar yang miskin berpeluang melanjutkan pelajaran persekolahan menengah mereka ketika itu.

 

•C. Projek Pembinaan Bangunan 1961-1982

Sekolah ini kemudiannya bertukar daripada sebuah sekolah menengah swasta kepada sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Bantuan Modal pada tahun 1961. Sekolah berupa Sekolah Menengah Bantuan Modal telah mendapat peruntukkan kewangan daripada pihak kerajaan untuk membina sebuah perpustakaan, makmal sains dan kantin.

Berikutan daripada itu, atas daya usaha En. Tan Meng Chua JP, iaitu Pengerusi Lembaga Pengelola sekolah ketika itu, pihak sekolah telah mendapat peruntukan dari kerajaan berjumlah RM80,000 untuk membina sebuah padang permainan yang terletak di sebelah kanan bangunan sekolah. Atas sumbangan orang ramai, sekolah ini terus berkembang dengan bertambahnya 3 buah bilik darjah, sebuah pejabat, sebuah bilik stor dan sebuah tandas pada tahun 60an.

Pada tahun 1979, bilangan pelajar di sekolah ini telah meningkat ke 1000 orang . Bilik darjah yang sedia ada itu sudah tidak lagi mencukupi untuk menampung pertambahan bilangan pelajar. Dengan ini, Lembaga Pengelola sekolah telah mengambil keputusan untuk membina sebuah bangunan tambahan tiga tingkat dengan wujudnya 6 buah bilik darjah dan sebuah perpustakaan yang baru.

Atas daya usaha Lembaga Pengelola di bawah pimpinan En. Yap Yuen, JP dan Datuk Goh Boon Hiong JP, Projek Pembinaan Bangunan tersebut mendapat sambutan hangat daripada PIBG sekolah, Persatuan Murid-Murid Tua sekolah, Kumpulan Tarian Singa Mentakab, Kelab Rotary dan orang ramai dari semua lapisan masyarakat. Di samping itu, dengan pertolongan mendiang Dato' Chan Siang Sun, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu, pihak kerajaan telah meluluskan bantuan sebanyak RM80,000 untuk menjayakan projek pembinaan tersebut. Projek ini disiapkan pada tahun 1982 atas sumbangan dana orang ramai dan kerajaan.

•D. Projek Pembinaan Bangunan 1994

SMJK Hwa Lian Mentakab terus menggunakan kemudahan bangunan sekolah yang sedia ada untuk 10 tahun berikutnya tanpa projek pembinaan yang baru. Namum pelajar sekolah ini yang kian bertambah menimbulkan masalah kesesakan ruang bilik darjah.Oleh yang demikian, Lembaga Pengelola sekolah di bawah pimpinan En. Yap Yuen JP telah mengambil inisiatif utnuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pembinaan Bangunan Sekolah yang melibatkan AJK Lembaga Pengelola, PIBG sekolah, Persatuan Murid-murid Tua dan tenaga pengajar SMJK Hwa Lian Mentakab pada 1994.

Projek Kutipan Derma utama pada tahun 1994 ialah penganjuran Persembahan Amal 10 Penyanyi Pilihan Malaysia anjuran Nanyang Siang Pau. Usaha gigih tersebut berjaya mengutip RM450,000 untuk Projek Pembinan 2 blok bangunan ( Blok A & Blok B ) yang mengandungi 24 buah bilik darjah. Di samping itu, Tayangan Perdana dan Majlis Jamuan Malam Kutipan Derma turut diadakan. Atas usaha dan bantuan Dr. Fong Chan Onn, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu, pihak sekolah juga mendapat peruntukkan sebanyak RM 60,000 daripada pihak kerajaan.

Projek Pembinaan Bangunan 1994 tersebut menelan kos sebanyak RM520,000 dan membolehkan pelajar belajar dalam keadaan yang lebih selesa lagi. Pengetua ketika itu, En Hoh Ah Chong amat berterima kasih kepada semua pihak yang turut memberi sumbangan dalam Projek Pembinaan 2 blok bangunan tersebut.

•E. Projek Pembinaan Bangunan SMJK Hwa Lian Mentakab Fasa Pertama ( 2002 - 2004 )

SMJK Hwa Lian Mentakab berpuashati dengan kemudahan bangunan yang sedia ada sehingga 2002. Pada 23 Jun 2002, Mesyuarat Agung Penaja Sekolah telah diadakan dan Jawatankuasa Lembaga Pengelola Baru di bawah pimpinan En Lim Yak Phang berjaya diwujudkan.

Jawatankuasa Lembaga Pengelola ( 2002 - 2004) telah merancang pelan pembinaan bangunan sekolah dengan rapi untuk menampung keperluan pelajar yang kian bertambah sehingga 1400 orang dan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih selesa kepada semua pelajar dalam jangka masa panjang.

Projek Pembinaan Bangunan Fasa Pertama berjaya mewujudkan sebuah Dewan Serbaguna ( Dewan Xiang Gui ) dan 2 Blok Bangunan yang mengandungi 32 buah bilik darjah ( Blok C & Blok D ). Projek berkenaan siap pada 31 Disember 2003 dan menelan belanja RM3.16 juta. Pengetua ketika itu ialah En Koh Kah Saing.

Dato' Ng Leong Hai mengetuai Projek Pembinaan Bangunan Fasa Pertama dan kutipan derma yang terbesar berjaya dikutip (RM3.16 juta ) atas sumbangan orang ramai dan dermawan mayarakat tempatan. Di samping itu, Timbalan Menteri Kementerian Pelajaran ketika itu, YB Dato Hon Choon Kim turut meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk menjayakan projek berkenaan.

•F. Projek Pembinaan Bangunan SMJK Hwa Lian Mentakab Fasa Kedua ( 2005 - 2006 )

En Lim Yak Phang terus memimpin Jawatankuasa Lembaga Pengelola SMJK Hwa Lian Mentakab ( 2005- 2007) dan melancarkan Projek Pembinaan Bangunan SMJK Hwa Lian Mentakab Fasal Kedua pada 16 Jun 2005. Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Mentakab, YB En Chuah Boon Seong dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Projek Pembinaan Banguna Fasa Kedua ini.

Hasilnya, satu blok bangunan Makmal Sains dan satu blok bangunan 3 tingkat yang mengandungi 15 buah bilik darjah berjaya diwujudkan pada bulan Julai, 2006. Semua pelajar gembira belajar di bangunan yang serba indah dan baru.

•G. Projek Pembinaan Bangunan SMJK Hwa Lian Mentakab Fasa Ketiga ( 2007 - 2008 )

Jawatankuasa Lembaga Pengelola SMJK Hwa Lian Mentakab ( 2007- 2009 ) di bawah pimpinan En Lim Yak Phang terus melancarkan Projek Pembinaan Bangunan SMJK Hwa Lian Mentakab Fasa Ketiga pada bulan Oktober 2007. Sekali lagi , Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Mentakab, YB En Chuah Boon Seong diamanahkan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Projek Pembinaan Bangunan Fasa Ketiga ini.

Perancangan Projek tersebut ialah pembinaan satu blok bangunan Kemahiran Hidup dan sebuah Dewan Kuliah yang dijangka menelan belanja RM1.2 juta. Kini, satu blok bangunan Kemahiran Hidup berkenaan telah siap dibina. Satu Jawatankuasa Kerja Jamuan Amal Ulangtahun Ke-50 SMJK Hwa Lian Mentakab di bawah pimpinan En Lin Ngon ditubuhkan khas untuk mengutip derma untuk Tabung Pembinaan Projek Pembinaan Bangunan Fasa Ketiga ini.

Jamuan Amal Ulangtahun Ke-50 SMJK Hwa Lian Mentakab yang akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pelajaran Malaysia YB Ir Dr. Wee Ka Siong pada 23 Ogos 2008 ( Sabtu ) jam 7.00 malam di Padang Besar SMJK Hwa Lian Mentakab disasarkan untuk mengutip derma sebanyak RM1 juta.

Dijangka Projek Pembinaan Bangunan Fasa Ketiga ini siap pada penghujung tahun 2008 atau awal tahun 2009. Anak murid yang kini seramai 1872 orang itu akan menikmati segala kemudahan fizikal yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola SMJK Hwa Lian Mentakab dan para dermawan yang disanjung tinggi. Lembaga Pengelola Sekolah SMJK Hwa Lian Mentakab merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan semua Projek Pembinaan Bangunan sejak sekolah ini ditubuhkan.

 Disediakan oleh

Jawatankuasa Lembaga Pengelola SMJK Hwa Lian Mentakab.

 

文德甲华联中学至今已有五十年的历史,是文德甲三间中学之一。文德甲华联中学是目前淡马鲁县内唯一的一间政府半津贴中学。文德甲华联中学是于8-1-1958正式成立。当时其成立之主要宗旨是让文德甲区华小学生能够继续修读中学课程。当时,文德甲市并没有一间属于该地区人民的中学,所有华小毕业生必须离开家乡到吉隆坡、怡保或新加坡等地就读中学课程,贫穷之学生唯有向现实低头,被迫停学了。
为了让文德甲华小毕业生能在文德甲继续其中学课程,一个由拿督饶见陆为首的筹款委员会于一九五六年正式成立,以便向公众人士筹款建设中学之建校基金。该筹款运动得到了文德甲市民热烈响应,因为他们很想看到文德甲有一间中学设立。为了达到筹款的目标,有关建校委员会特通过文德甲各社团的合作如中华校友会、文德甲青年会及各社团参与一项文娱演出,大家齐心合力为新的中学筹备建校基金。虽然文德甲华联中学使于一九五八年一月八日正式成立(属于私立学校),但是当时该校并还没有健全的校舍,因此所有当时之一百一十位学生不得不借用文德甲中华华小之课室上课,当时的教师共有五位,由黄古乐先生担任首任校长。一九五八年的五月,华联中学建委会购买了位于加叻路一英里处之五英里面积之地皮,过后,又再增添了三英亩地皮,文德甲华联中学之校舍建筑工程即刻展开。建筑文德甲华联中学两座校舍(拥有九间课室)之工程于一九六零年正式完毕。因此,该校于一九五八年报名就读的学生一直是借用文德甲中华华小上课,他们正式在本身学校之新校舍上课的时间只是短短的两个月时间。无论如何,文德甲华联中学于一九五八年的成立经给予文德甲市学生,尤其是来自贫穷家庭学生有就读中学之机会。文德甲华联中学于一九六一年开始正式被转换成一间国民型,属于半津贴之中学。因此该校也开始得到政府拨款以建设图书馆、科学试验室及食堂等。在当时该校董事长陈绵泉局绅的争取下,文德甲华联中学获得了政府八万元之拨款以建设三间课室、一间办公室、储物室、厕所及一个草场。
一九七九年,文德甲华联中学之学生经增至一千人。因此,该校面对课室缺乏的问题。于是,董事部决定在该校原有土地增建一座三层楼建筑物,拥有六间课室及一间图书馆。在董事部以叶源局绅及拿督吴文雄之领导下,该建新校舍计划得到了家教协会、校友会、文德甲醒狮团、扶轮社及各阶层之公众人士的热烈响应,大家纷纷慷慨解囊捐出一笔义款。另一方面,在已故副教育部长拿督陈声新的争取下,政府也拨了八万元去落实该校建新校舍计划,该工程于一九八二竣工。
迈入九十年代,文德甲华联中学因部分课室陈旧,该校于一九九三年再次展开筹建新校舍运动,在建委会主席叶源局绅的发动下,华联中学之三大机构,即董事部、家教协会、校友会及该校教职员齐心合力的向各界热心人士、商家及社团筹款,通过主办十大义演、电影招待会及晚宴,成功筹获四十五万之义款。我国副教育部长拿督冯镇安博士也代表教育部拨了六万元作为建设新校舍之基金。建设两座三层楼,拥有二十四间课室之新校舍工程经于一九九四年年初展开,全部工程耗资五十万元。此建筑校舍竣工后,文德甲华联中学全体学生在更舒适的环境上课,专注学业。当时校长为何书镇,家教协会主席为李国基先生。
至今除了于 1994 年发动落实筹建两座三层楼之新校舍, 余者皆非常陈旧, 需要重建. 自华联中学升级为 A 型中学后,逐年增加的学生人数导致校方面对校舍不足问题,而董事部首选活动计划, 就是尽早落实筹建新校舍计划, 让学子们从中受惠! 如今, 淡属文德甲华联中学建委会已成功建竣 2 座拥有 28 间课室的 4 层楼新型校舍及一座礼堂,此计划总耗资约 300 万零吉。建委会也于 1-11-2003 成功举办 Tiger / 星洲华教义演,并筹获RM 138 万零吉。

接着,第三期建校计划2007年10月计划筹建一座设备先进的讲堂及一座科学技能楼,于2008年3月份动工,耗资120万令吉. 因此,本校董事 部配合华联中学成立50周年,特于2008年8月23日晚上7时在本校举办"百花齐放话华联--金禧庆典晚宴",恭请我国教育部副部长拿督魏家祥博士主持开幕仪式也成功筹得义款。本校董事部对所有捐助学校的热心人士,社团与商业机构致以万分感激。

(文德甲华联中学资料室供应)

文德甲华联中学发起人 (1956-1957)

文德甲华联中学全体师生及家长向以下前辈致敬,没有他们的努力与付出,我们不会拥有今天的华联中学,我们谨以认真教学、提升服务素质以示感激:

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

淡属文德甲华联国民型中学历届校长
SENARAI NAMA PENGETUA YANG BERKHIDMAT
DI SMJK HWA LIAN, MENTAKAB.

BIL

TAHUN年份

NAMA

姓名

照片

1.

1958

EN. WONG KU YOKE

已故黄古乐校长

2.

1958-1961

EN. WONG CHOCK HAU

已故黄作豪校长

 

3.

1962

EN. WONG CHOH HING

已故黄祖欣校长

 

4.

1963-1964

EN. WONG KING KONG

已故黄敬恭校长

 

5.

1965-1966

EN. FONG SAW SEE

已故冯所思校长

 

6.

1966-1979

EN. YEOH KIANG WANG

姚建元校长

7.

1980-1983

EN. CHEAH CHEW MENG

谢照明校长

8.

1983-1987

EN. TENG FONG SENG

邓访成校长

 

9.

1988-1989

PN. CHEW SWEE FONG

周瑞凤校长

10.

1990-1992

PEMANGKU PENGETUA

代校长

 

11.

1992-2001

EN. HOH AH CHONG

何书镇校长

12.

2001-2006

EN. KOH KAH SAING

  辜家相校长

13.

2006-2010

EN. SIEW YOON YAW

 萧永耀校长

 

  2010-

 

 

EN. ENG SIAK FONG

 

     方锡隆(现任校长)