SEJARAH SEKOLAH
Ringkasan Sejarah SMB Chung Hua, Sibu, Sarawak
Tahap 1 - Permulaan
1916 | Pada peringkat permulaan, SMB Chung Hua, Sibu dikenali sebagai Sekolah Ming Teck yang diasaskan oleh Encik Chang Eng Tu dan terletak di belakang Bangunan Pagoda Tokong Sibu sekarang. |
1919 | Kemudian, Sekolah Ming Teck Kwok Min diubah namanya menjadi SMB Chung Hua. |
1925 | Kelas Bahasa Inggeris dimulakan dan diajar oleh guru-guru secara sukarela, iaitu Encik Chuan Ze Mu, isteri beliau, iaitu Puan Wong Li Chi, dan paderi Father Rev. Zames Hoover. Kelas Bahasa Inggeris diteruskan sehingga kematian Encik Chuan Ze Mu pada tahun 1940. |
1928 | Bangunan sekolah terbakar pada malam 15 Februari. Bangunan sementara sekolah telah dibina. Pada penggal yang berikutnya, sekolah ini telah berpindah ke bangunan konkrit 3 tingkat di Jalan Island. |
Tahap 2 - Jalan Cross, 1930
1930 | Bangunan sekolah yang baru dibina di Jalan Cross (kini ialah lokasi sekolah rendah) dengan wang yang dikumpul oleh Encik Chang Chong Lo melalui cukai eksport getah setelah mendapat keizinan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Pada masa itu, Pengerusi Lembaga Sekolah ialah Encik Ting Su Tieng. |
1931 | Encik Ling Ho Shiy dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah dalam mesyuarat Lembaga Sekolah. Ahli Lembaga Sekolah, iaitu Encik Ting Chong Tze mencadangkan perubahan dalam pentadbiran Lembaga Sekolah. Cadangan beliau telah diterima. Perubahan ini membawa perkembangan pesat kepada sekolah ini. |
1932 | Encik Ting Chong Tze menjadi Pengerusi Lembaga Sekolah dan Pengetua sukarela di sekolah ini. Beliau telah memperluas kawasan sekolah dan menambahkan kelas tadika yang sedia ada. |
Tahap 3 - Permulaan Kelas-kelas Menengah
1935 | Sekolah Menengah dimulakan. Encik Shi Hock Kan dilantik sebagai Pengetua sekolah. |
1936 | Encik Chew Geok Ling dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah dan Encik Ting Chong Tze dilantik sebagai Penyelia Sekolah. Kelas Menengah Rendah dimulakan. |
1938 | Encik Wong Si King dilantik sebagai Pengetua Sekolah. |
1939 | Satu konsert telah diadakan pada bulan Mei untuk mengutip wang bagi pembinaan bangunan baru. |
1940 | Bangunan sekolah baru telah siap dibina. Bangunan lama telah dirobohkan. |
1941 | Encik Lu Sao Chao menjadi Pengetua Sekolah. Tidak lama kemudian, tercetuslah Perang Pasifik, bandar Kuching telah ditawan oleh tentera Jepun. |
1942 | Pada 29 Januari, bandar Sibu telah ditakluki oleh tentera Jepun. Pada bulan Oktober, semua sekolah aliran Cina telah ditutup oleh kerajaan Jepun. Sekolah Chung Hua telah ditukar nama kepada Kwok Min Zebu Ketiga. |
1945 | Tentera Jepun menyerah kalah. Persekolahan disambung pada 1 Oktober. Encik Shi Hock Kan sekali lagi dilantik sebagai Pengetua Sekolah. |
Tahap 4 - Pemulihan
1948 | Persatuan Kwon Han menderma satu blok bangunan kedai dan sebidang tanah yang kemudiannya membawa kemajuan kepada sekolah ini. |
1950 | Encik Shi Kwin Tai dilantik sebagai Pengetua Sekolah. Beliau telah menambahkan bilangan kelas malam untuk mengajar Bahasa Inggeris. Pada bulan September, Encik Shi Kwin Tai telah dilantik sebagai Penyelia Jabatan Pendidikan Bahagian Sibu. Sementara itu, tugas-tugas Pengetua dilaksanakan oleh Penyelia Lembaga Sekolah, iaitu Encik Ting Chong Tze. |
1951 | Encik Sai Yan Chih dilantik sebagai Pengetua Sekolah. |
1953 | Encik Cho Chi Pang dilantik sebagai Pengetua Sekolah. |
1956 | Encik Chu Yang Ming dilantik sebagai Pengetua Sekolah. Pada tahun yang sama, murid kumpulan pertama menamatkan kelas menengah atas. Pada tahun yang sama juga, kerajaan mula memberi peruntukan kepada sekolah. |
1960 | Kempen Bangunan Sekolah dijalankan. Jumlah wang yang dapat dikumpulkan oleh Lembaga Sekolah daripada orang awam adalah sebanyak RM85,000.00; staf dan kakitangan am sekolah sebanyak RM10,355.00; murid-murid sekolah menengah sebanyak RM11,500.00, dan murid-murid sekolah rendah sebanyak RM7000.00. |
1962 | Encik Chu Yang Ming bersara dan Encik Fu Yin Ang menjadi Pengetua Sekolah. |
1963 | Bahasa Inggeris telah menggantikan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar sekolah dan kelas peralihan dimulakan. |
Tahap 5 - Jalan Upper Lanang,1964
1964 | Bangunan baru di Jalan Upper Lanang telah disiapkan. Sekolah menengah telah berpindah ke bangunan baru pada bulan Ogos. |
1965 | Pengerusi Lembaga Sekolah Encik Chew Geok Ling telah meninggal dunia. |
1966 | Encik Chew Peng Ann telah dicalonkan sebagai Pengerusi yang baru. Encik Lo Chee Ping dilantik sebagai Penyelia Sekolah. Pada tahun yang sama, murid-murid kumpulan pertama (Junior) aliran Bahasa Inggeris menamatkan persekolahan mereka. |
1967-1968 | Kelas Tingkatan 4 aliran Bahasa Inggeris dimulakan. |
1972 | Encik Fu Yin Ang bersara dan Encik Chang Fui Sak dilantik sebagai Pengetua yang baru. |
1973 | Encik Chen Rei Lin menyandang jawatan sebagai pemangku Pengetua. |
1975 | Encik Un Kiam Kiong dilantik sebagai Pengetua Sekolah. |
1976-1983 | Encik Wong Soon Koh menjadi Pengetua Sekolah. |
1982 | Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar sekolah. |
1984 | Encik Kong Chung Nam menjadi Pengetua Sekolah. |
1985 | Sekolah ini dinaik taraf sebagai sekolah jenis A. |
1985-1993 | Encik Yong Chin Deck menjadi Pengetua Sekolah. |
1994-2000 | Encik Arthur Lim Hiong Tze menjadi Pengetua Sekolah. |
2000-sekarang | Puan Yew Siu Sien menjadi Pengetua Sekolah. |
2001 | Persatuan Ibu Bapa dan Guru ditubuhkan dan Encik Robert Chew dilantik sebagai pengerusinya. |
2002 | Gelanggang bola keranjang dan 4 buah bilik darjah baru telah dibina. Projek joggerthon dan jumbo sale diadakan untuk mengumpul dana bagi pembinaan gelanggang bola keranjanag dan 4 buah bilik darjah baru. Wang yang berjaya dikutip melebihi RM130,000.00. Joggerthon diadakan pada bulan Jun dan jumbo sale diadakan pada bulan Oktober. |
2005 | Bangunan serba guna sedang dibina. |