SMK Tinggi Sarikei

泗里街高级国民型中学
Education For All


About Us - School History 学校历史

A+ A- Reset

Sejarah Sekolah

SMK Tinggi Sarikei ditubuhkan pada tahun 1939 dengan nama Hwa Chiew High School. Pengasas-pengasasnya terdiri daripada para peneroka yang berhijrah dari Negeri China pada awal abad ke-20.

Sekolah ini bermula dengan sebuah bangunan papan yang mengandungi 3 buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Bahasa Cina digunakan sebagai bahasa pengantar. Sekolah terpaksa ditutup di antara tahun 1942 - 1945 semasa pendudukan Jepun.

 Pada tahun 1956, sekolah ini menjadi sebuah sekolah jenis bantuan kerajaan. Mulai 1962, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar utama.  Pada tahun 1971 pula, nama sekolah ditukar kepada SMB Tinggi Sarikei ( Sarikei High School ). Pada tahun 1983, Bahasa Malaysia menggantikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama, bermula dengan Tingkatan 1.