SMJK SIN MIN


新民国民型中学
 
 
About Us
A+ A- Reset
Other

Pengasas Sekolah Encik Lim Lean Teng merupakan pengasas Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min. Encik Lim merupakan seorang yang kaya dan dermawan pada awal tahun 50-an. Beliau banyak membantu dan memberi kaum Cina khasnya bagi kawasan Utara Semenanjung Malaysia Beliau seorang usahawan Cina yang berasal dari Sungai Layar,Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Encik Lim merupakan pengerusi pertama bagi Lembaga Pengelola Sekolah Rendah Sin Min yang ditubuhkan pada 3hb Jun 1951. Beliau telah menderma sebanyak RM20,000 untuk pembinaan bangunan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min selaian wang derma hasil kutipan dari orang ramai.

Encik Lim juga telah menderma sebuah mercutanda bagi bandar Sungai Petani iaitu sebuah jam besar yang terletak di tengah-tengah bandar antara persimpangan ke stesen keretapi dan pusat bandar. Jam besar itu adalah untuk panduan kepada penghuni bandar dan mercutanda Sungai Petani.

Beliau banyak menderma untuk kebajikan orang-orang Cina tempatan hingga ke Pulau Pinang. Beliau juga menderma sejumlah wamg yang besar kepada Lembaga Sekolah Menengah Hung Chang, Pulau Pinang. Wang tersebut juga untuk digunakan bagi pembiayaan pembinaan bangunan sekolah tersebut.

Encik selalu mementingkan pelajaran kaum Cina, seorang yang pemurah hati. Walaupun beliau seorang yang buta huruf, berazam juga agar kaum Cina mendapat pendidikan yang secukupnyauntuk menghadapi cabaran hari muka. Beliau tahu pada masa itu, bidang pendidikan untuk sekolah Cina tidak mendapat bantuan kewangan dari kerajaan. Jadi, bagi usahawan Cina yang berada, mereka bersama-sama mengumpul wang untuk menyediakan pendidikan yang sempurna bagi faedah generasi muda.

Encik Lim Lean Teng telah meletakkan Batu Asas perasmian Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin MIn pada 23hb Februari,1955.

 

 

© Copyrights 2006-2019 All Rights Reserved
Template Designed By Free Website Templates