SMJK SIN MIN


新民国民型中学
 
 
About Us
A+ A- Reset
School History 学校历史

Sejarah Sekolah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jenis Kebangsaan Sin Min merupakan sebuah sekolah Cina yang tunggal(sekolah menengah) dan terkenal dengan prestasi akademik pelajarnya yang cemerlang di kawasan Sungai Petani,Kedah Darul Aman.

Lokasinya amat strategik kerana ia terletak berdekatan dengan pusat bandar iaitu Sungai Petani tetapi jauh dari kawasan perindustrian kilang yang sekian hari mengalami masalah pencemaran udara dan bunyi.Jadi, dengan persekitarannya yang dihiasi dengan beraneka jenis pokok bunga,udara yang nyaman dan sunyi, ia membekalkan suasana tenang kepada para pelajar untuk menimba ilmu.

Sebelum Sin Min ditubuhkan,penduduk Cina tempatan atau sekitar Daerah Kuala Muda Yan menghadapi masalah serius iaitu tidak ada sekolah menengah untuk membolehkan anak-anak mereka selepas tamat darjah enam, melanjutkan pelajaran. Bagi mengatasi masalah ini, Lembaga Pengelola Sekolah Rendah Sin Min mengadakan mesyuarat dan berbincang untuk mendirikan sebuah sekolah menengah pada 3 Jun 1951. Sebuah Jawatankuasa Pembinaan Bangunan ditubuhkan dan pengerusinya ialah Encik Lim Lean Teng yang telah menderma sebanyak RM20,000. Encik Tan Peng Hooi pula menderma sebidang tanah seluas enam relung lebih untuk dijadikan tapak pembinaan. Hasil daripada derma orang ramai termasuklah dari Sungai Petani dan Pulau Pinang, kutipan meningkat ke RM160,000. Akhirnya bangunan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min siap dibina pada tahun 1957.

Pada mulanya, sekolah ini hanya memiliki 20 buah bilik darjah. 2 buah bilik darjah telah diubahsuai menjadi bilik dan pejabat pentadbiran. Selain daripada 4 blok bilik darjah yang asal, terdapat juga sebuah kantin dan sebuah pejabat guru. Pada tahun 1960, sebuah makmal sains perpustakaan talah didirikan untuk kemudahan para pelajar. Bangunan ini terletak bersebelahan dengan kantin. Perpustakaan yang asalnya terletak atas makmal telah dijadikan bilik makmal sains pada tahun 1981 manakala perpustakaan telah dipindahkan ke tingkat 1 di atas pejabat guru. Nama asal Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min diberikan oleh seorang ahli pendidikan yang cinta san mementingkan pelajaran kaum Cina. Beliau ialah Encik Dong (guru besar Sin Min yang pertama). Nama 'Sin' bererti 'baru', 'Min'bererti 'rakyat' dan Sin Min bererti 'rakyat yang berazam baru'. Nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min diguna sebaik sahaja bangunan asalnya siap dibina.

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min merima kemasukan palajar-pelajar khasnya dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min B. 98 peratus merupakan pelajar berketurunan Cina. Pada tahun ini, ju,lah pelajar Sin Min seramai 2063 orang telah mendaftar dalam dua sesi persekolahan.

Pada mulanya, sekolah ini tidak mempunyai kemudahan asas seperti tandas, jadi pelajar terpaksa berkongsi tandas dengan pelajar-pelajar sekolah rendah. Akibat penambahan murid yang pesat, Lembaga Pengelola Sekolah telah mengadakan satu perjumpaan pada 29hb Oktober 1984 untuk menubuhkan sebuah bangunan tiga tingkat.

Selepas bertungkus-lumus mengutip derma, wang sejumlah RM400,000 berjaya diperolehi dan digunakan untuk pembinaan blok 3 tingkat. Proses pembinaan bermula pada 21hb April dan siap pada akhir tahun 1986. Bangunan tersebut telah dirasmikan pada 9hb November 1986 dan mula digunakan pada 5hb Januari 1987. Kemudahan yang terdapat pada bangunan itu ialah sebuah makmal sains, sebuah makmal fizik, tiga buah tandas dan sebuah bilik komputer yang berhawa dingin dan dilengkapi dengan 22 buah komputer jenis IBM dan dua buah mesin cetak. Bagi mengatasi masalah kegiatan yang giat bertambah, satu blok yang mengandungi 6 buah kelas sementara siap dibina dengan wang sebanyak RM100,000 pada tahun 1991. Sebuah 3 tingkat siap didirikan awal April lalu dirasmikan pada 27 Mei 1993. Blok ini mempunyai 17 buah bilik darjah yang menelan belanja sebanyak RM300,000.

Kemudahan-kemudahan banyak disediakan kepada pelajar Sin Min seperti bilik sukan gim mini, bilik kemahiran hidup kerja kayu, logam, besi, dan paip, enjin, bilik Skim Pinjaman buku teks, padang, tempat letak basikal, bilik guru dan sebagainya Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min telah menerima bantuan kerajaan hasil daripada permohonan yang dibuat pada 3hb Mei 1965 oleh Lembaga Pengelola Sekolah dan diluluskan pada tahun yang sama. Dengan itu Sekolah Jenis Kebangsaan Sin Min diterima sebagai sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1966 Lembaga sekolah membahagikan sekolah kepada 2 jenis iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min Bantuan Kerajaan yang berlokasi di Jalan Pegawai juga dan sebuah lagi Sekolah Jenis Kebangsaan Sin Min Persendirian yang terus menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa penghantarnya dalam kurikulum. Lokasinya di Jalan Pengkalan, Sungai Petani sehingga tahun 1992 dan kemudiannya berpindah ke Taman Keladi, Sungai Petani. Di sana, ia mempunyai pejabat serta bangunan sekolah sendiri.

Dalam proses memajukan sekolah ini ke arah kecemerlangan dalam semua segi, guru memainkan peranan yang penting. Mereka merupakan nadi penggerak sekolah ini. Terdapat 88 orang guru di sini. Mereka terdiri daripada 36 orang guru siswazah dan 52 orang guru bukan siswazah. Semuanya berganding bahu membimbing seramai 2063 orang pelajar ke arah insan yang cemerlang, berakhlak mulia,bertanggungjawab, berhemah tinggi,berketrampilan dan berkesanggupan ke arah membina kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara kita Malaysia.

 

 

© Copyrights 2006-2019 All Rights Reserved
Template Designed By Free Website Templates