SMK CHUNG HUA, SIBU

诗巫中华中学

"Outwit Others, Outwit Ourselves"


Achievement 成就

Utusan Borneo: SMK Chung Hua ungguli Kejohanan Renang MSS Sibu
13 Aug 2012 School Admin - SMJK CHUNG HUA (SIBU) (SARAWAK) 

Posted on July 22, 2011, Friday

 

 SIBU: Pasukan lelaki dan perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua berjaya muncul juara keseluruhan Kejohanan Renang Antara Sekolah Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Sibu, yang berakhir semalam.

Pasukan lelaki SMK Chung Hua muncul juara selepas berjaya mengumpul 261 mata sementara pasukan perempuan mengumpul 197 mata.

Tempat kedua keseluruhan kategori lelaki dimenangi oleh SMK Sacred Heart dengan 136 mata, diikuti SMK Rosli Dhoby (108), SMK Methodist (100), SMK Tung Hua (76), SMP Katolik (73) dan SMK Lanang (9).

Sementara naib juara kategori perempuan jatuh kepada SMK Methodist (135), SMP Katolik (101), SMK Tung Hua (95), SMK St. Elizabeth (69), SMK Rosli Dhoby (30) dan SMK Lanang (8).

Bagi kategori sekolah rendah, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Sing muncul juara keseluruhan bagi kategori lelaki dan perempuan pada kejohanan sama.

Pasukan lelaki sekolah berjaya mendapat 309 mata, manakala pasukan perempuan memperolehi 316 mata.

Naib johan kategori lelaki dimenangi oleh SJK Tung Hua (271), SJK Su Lai (90), SJK Methodist (66), SJK Sacred Heart Chinese (55), SJK Uk Daik (52), SJK Ek Thei (44), SJK Chung Hua (27) dan SJK Taman Rajang (17).

SJK Tung Hua pula muncul naib juara kategori perempuan dengan mengumpul 258 mata, diikuti SJK Taman Rajang (77), SJK Methodist (52), SJK Sacred Heart Chinese (35), SJK Su Lai (33) dan SJK Chung Hua (29).

Kejohanan ini yang bermula 19 Julai lepas, dianjurkan oleh Persatuan Renang Amatur Sibu (SASA) dan SMK Tiong Hing. Kejohanan disertai lapan sekolah menengah dan sembilan sekolah rendah.

Hadiah disampaikan kepada pemenang oleh Ahli Parlimen Lanang merangkap Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Datuk Tiong Thai King.

Hadir sama Timbalan Pengerusi MPS merangkap Presiden SASA, Daniel Ngieng Kiong Ann, wakil Pegawai Pelajaran Daerah Sibu Lim Chung Leng, pengerusi penganjur merangkap pengetua SMK Tiong Hing, Lau Tun Hei serta Setiausaha SASA, Oliver Kuo Ging Bing.



Read more: http://www.theborneopost.com/2011/07/22/smk-chung-hua-ungguli-kejohanan-renang-mss-sibu/#ixzz23Nocz3kb