Announcement 公告

开学通告

30 Apr 2023 School Admin - SMJK YU HUA (SELANGOR, KAJANG) 

***Makluman kepada semua ibu bapa/ penjaga murid SMJK Yu Hua

 

1️⃣Sekolah akan dibuka semula pada 2 Mei 2023 (Selasa) selepas cuti Hari Raya Aidilfitri dan cuti Pertengahan Penggal 1 sesi 2023/2024.

 

2️⃣Mohon tindakan semua penjaga agar dapat memastikan kehadiran anak-anak jagaan tuan puan ke sekolah dan pastikan mereka mematuhi peraturan disiplin seperti yang telah ditetapkan. Sama-samalah kita didik anak-anak kita agar sentiasa akur mematuhi peraturan demi masa depan mereka.

 

3️⃣ Sila pastikan anak-anak tuan puan hadir ke sekolah dengan

⭐berpakaian seragam sekolah yang kemas dan lengkap. 

👨🏼‍🎤 rambut tidak diwarnakan, digunting mengikut peraturan sekolah dan kemas.

🙋🏻‍♀️ Bagi murid perempuan, rambut yg panjang hendaklah diikat kemas.

 

4️⃣ Untuk kelas-kelas yang ada PJK dalam jadual waktu  murid dibenarkan memakai pakaian PJK dari rumah tetapi pastikan anak-anak mengikut peraturan yang telah ditetapkan. ( pemakaian seluar legging, seluar track yg ketat adalah dilarang ).

 

5️⃣ Kerjasama semua ibu bapa/ penjaga amat diharapkan untuk memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan mematuhi masa yg telah ditetapkan. Pastikan anak-anak jagaan tuan puan mendapat tidur yang cukup agar mereka bersemangat untuk belajar di dalam kelas. Ingatkan mereka ilmu sangat berguna untuk bekalan hidup mereka. 

 

6️⃣Sekiranya anak tuan puan tidak sihat/demam/selesema/batuk yg teruk, sila dapatkan rawatan di klinik berdekatan dan hadir ke sekolah setelah sihat. 

 

*Tindakan Ibu bapa sentiasa prihatin pada  anak-anak dengan cara  :* 

 

👥  Sentiasa memberi nasihat pada anak-anak untuk menjaga kesihatan dan keselamatan diri. 

 

💊memantau kesihatan anak-anak. Jangan benarkan anak bergejala ke sekolah. 

 

😷 Anak-anak memakai pelitup mulut dan hidung untuk menangani masalah jerebu dan penularan covid-19.

 

🍶Memastikan anak-anak membawa bekalan air minuman dan mengingatkankan anak-anak minum air dengan kerap. Elakkan diri terdedah pada cuaca panas kecuali perlu untuk mengelak keadaan yang memudaratkan kesihatan seperti strok haba dan dehidrasi. 

 

Sekian, terima kasih.

 

Harap maklum

 

En. Lean Kee Fong

Pengetua, 

SMJK Yu Hua