关于我们 About Us

资讯 Information

新闻与事件 News and Events

课外活动 Co-Curriculum

多媒体 Multimedia

互联网 2.0 Web 2.0

iSchool部落格 iSchool Blogs


公告 Announcement

Pembetulan Peraturan Pentadbiran Pemohonan Sijil LCCI
17 Mar 2017 School Admin - SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG 

  1. Calon hendaklah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

  2. Permohonan sijil LCCI hendaklah dibuat dengan menggunakan Level 2 Book-keeping and Accounts Certificate Application Form.

  3. Permohonan hendaklah disertakan dengan satu (1) salinan Keratan Keputusan Peperiksaan SPM yang memaparkan kod kelayakan Sijil LCCI dan satu (1) salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

  4. Kadar bayaran bagi permohonan sijil ialah RM26.50 (termasuk GST 6%). Bayaran hanya dibuat dengan Wang Pos/Kiriman Wang / Bank Draf ditulis atas nama PEARSON MALAYSIA SDN BHD. Wang tunai atau cek persendirian tidak diterima.

  5. Permohonan dialamatkan terus kepada pejabat LCCI di alamat:

    LCCI International Qualifications

    Level 1, Tower 2A

    Avenue 5, Bangsar South

    No.8, Jalan Kerinchi

    59200 Kuala Lumpur

     

    Atau

    Borang yang lengkap diisi dan Wang pos/ kiriman wang/bank draf yang ditulis atas nama PEARSON MALAYSIA SDN BHD hendaklah dihantar ke pejabat sekolah dalam tempoh seminggu dari tarikh keputusan diumumkan