SMJK CHOONG HUA

羙罗中华国民型中学
WE CAN DO IT IF WE THINK WE CAN


Announcement 公告

Pek Aktiviti "Stay At Home Challenge" (Persatuan Pandu Puteri Malaysia )
14 May 2020 School Admin - SMJK CHOONG HUA (PERAK, BIDOR) 

Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah mengambil inisiatif menghasilkan satu Pek Aktiviti "Stay At Home Challenge". 

 

Ahli-ahli Pandu Puteri di setiap peringkat adalah digalakkan untuk melalui cabaran-caraban yang disediakan dalam Pek Aktiviti tersebut untuk memperolehi 'Stay At Home Challenge Patch". Lencana ini akan diambil kira sebagai penyertaan aktivti peringkat kebangsaan bagi Buku Log Peribadi ahli-ahli Pandu Puteri terutama bagi calon yang mengambil ujian Anugerah Pandu Puteri Raja, Anugerah Pandu Puteri Remaja dan Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya. 

 

Sijil penyertaan peringkat kebangsaan dan Lencana "Stay At Home Challenge" akan dikeluarkan bagi mereka yang berjaya melalui cabaran-cabaran Pek Aktiviti "Stay At Home' sambil berada di rumah. 

 

Pek ini akan DILANCARKAN oleh Timbalan Yang DiPertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, DYAM Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya binti Al-marhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 7 April 2020, jam 3.00 petang di Facebook live, @panduputerimalaysia  dan berakhir pada 30 April 2020.

 

Jom, ambil kesempatan ini untuk mendapatkan sijil peringkat kebangsaan bagi ahli-ahli Pandu Puteri sambil menjalankan aktiviti Pandu Puteri di rumah.