Announcement 公告

Kemasukan Pelajar Tingkatan Empat Ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran Malaysia 2010
31 Jul 2009 School Admin - SMJK DINDINGS (PERAK, LUMUT) Filed Under 文件存於 Akademik

 

Permohonan secara on-line boleh dibuat melalui laman web KPM iaitu www.moe.gov.my bermula 1 September 2009 sehingga 15 Oktober 2009.

 

Sehubungan itu, pemohon perlu mencetak salinan maklumat permohonan daripada laman web tersebut dan satu salinan perlu dihantar kepada pengetua SMJK Dindings untuk pengesahan.

 

 Syarat permohonan adalah seperti berikut :

            a)         Warganegara Malaysia

            b)         Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.

            c)         Aktif dalam kokurikulum

            d)         Kelayakan akademik PMR seperti berikut :

i)          Sekurang-kurangnya gred A bagi 6 mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/Bahasa Antarabangsa.

ii)         Sekurang-kurangnya mendapat gred B bagi mata pelajaran yang lain.

•iii)                Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.

 

Sebarang maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web yang diberikan. Semua pelajar adalah digalakkan untuk memohon. Selamat Berjaya!!!