SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR

吉隆坡中华国民型华文中学



Announcement 公告

Akademi Laut Malaysia (ALAM).
02 Jun 2021 School Admin - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR 

Akademi Laut Malaysia (ALAM).               

 

Akademi Laut Malaysia atau lebih dikenali sebagai ALAM adalah sebuah institusi pendidikan dan latihan maritim yang terulung di Malaysia dankampus kami 

terletak di Kuala Linggi, Melaka menghadap Selat Melaka yang tersohor. ALAM telah ditubuhkan pada tahun 1977 dankami telah melahirkan lebih daripada

13,000 pelaut profesional.

ALAM menawarkan pelbagai kursus maritim dan setakat ini, terdapat lebih daripada 160 kursus-kursus pendek yang kami tawarkan. Kami sentiasa bekerja

keras untuk menawarkan kursus-kursus baru dan memperkemaskinikan kursus sedia ada dalam usaha untuk menyalurkan teknologi terkini serta mematuhi

perundangan maritim semasa kepada industri maritim.

Sistem pembelajaran khusus di ALAM adalah yang paling menyeluruh di rantau ini; keseimbangan sistem regimentasi profesional yang disulami dengan

cabaran kehidupan di kolej. Pembelajaran di ALAM menggabungkan pembelajaran di dalam kelas, latihan praktikal dan kemahiran profesional. Kami

menggalakkan pelajar untuk belajar, memimpin, menyusun strategi serta menyesuaikan diri dengan apa pun cabaran yang bakal dihadapi. Kurikulum yang

disediakan membimbing pelajar ke arah membina kerjaya yang cemerlang di dalam industri maritim, dengan peluang untuk belayar ke seluruh dunia di atas

kapal syarikat perkapalan serta organisasi maritim dengan gaji tanpa cukai yang lumayan serta faedah pekerjaan yang amat menarik.

ALAM ingin memperkenalkan dua (2) program untuk lepasan sekolah seperti berikut: -

1. Diploma Pengajian Nautikal (DNS) dengan Sijil Kompetensi Pegawai  (WKO)

2. Diploma Kejuruteraan Laut (DME) dengan Sijil Kompetensi Jurutera  (WKE)

 

Klik di sini untuk syarat kemasukan:https://mmasb-my.sharepoint.com/:b:/g/personal/rohayu_aghaffar_alam_edu_my/Ee-KSIx2gUNHrds0uhU75IcBqT27BhKAsgOGllbG9zmW9g?e=yT6a7t

 

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang ALAM dan program yang ditawarkan:https://mmasb-my.sharepoint.com/:b:/g/personal/rohayu_aghaffar_alam_edu_my/EWzVVZLyE_9Mq1bXW9kFP1QByJg0vsRS5bUmCJrP1WJ8Rg?e=kc10ai

Klik di sini untuk montaj aktiviti di ALAM: 01 ALAM Convo Opening Montage 2017(Felda).mp4

 

Mohon dapat kongsikan maklumat ini kepada pelajar-pelajar.

Untuk maklumat/ keterangan lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai di bawah.

 

Siti Tanti Ariani Ma Tel: 06-3882 311

Emel:[email protected]

Jennifer Gomez Tel: 06-3882 311

Emel:[email protected]

Rohayu Ghaffar Tel: 06-3882 302

Emel:[email protected]