TAWARAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM SEMESTER 1 TAHUN 2021 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk dan surat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, no. rujukan : KPM.600-8/2/12 Jld.6 (13) bertarikh 2 Julai 2021 adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan bahawa Semakan tawaran Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 akan dibuka pada 5 hingga 15 Julai 2021 melalui portal https://sst6.moe.gov.my/. Sesi pengajian Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 akan bermula pada 26 Julai 2021 (Isnin).
3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta memaklumkan tawaran kemasukan tersebut kepada murid yang layak. Semua proses kerja pengurusan kemasukan murid dilaksanakan secara dalam talian. Bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah asal akan membantu semua proses kerja pengurusan kemasukan murid.
4. Bersama-sama ini disertakan surat siaran Tawaran Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 Kementerian Pendidikan Malaysia dan Garis Panduan Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.
5. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh hubungi pegawai seperti berikut :
Sekian, terima kasih.