SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR

吉隆坡中华国民型华文中学



Announcement 公告

Attachment 附件:

PROGRAM TRAIN & PLACE (MELATIH DAN BEKERJA) DI KAGUMAS CULINARY ACADEMY (M) SDN BHD � PROGRAM TAJAAN PENJANA (PERKESO)
12 Jul 2021 School Admin - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR 

PROGRAM TRAIN & PLACE (MELATIH DAN BEKERJA) DI KAGUMAS CULINARY ACADEMY (M) SDN BHD – PROGRAM TAJAAN PENJANA (PERKESO)

 

PELUANG KEEMASAN MENJALANKAN LATIHAN KEMAHIRAN MEMASAK, MEMBUAT KEK, OPERASI DAPUR, KATERING DAN TIP JATI DIRI SERTA MENJADI PEKERJA MAHIR YANG BERJAYA DIBAWAH PROGRAM TRAIN & PLACE (MELATIH DAN BEKERJA) – PROGRAM TAJAAN PENJANA (PERKESO)  

 
    Sukacita dimaklumkan bahawa Kagumas Culinary Academy (M) Sdn Bhd telah dilantik untuk menjalankan PROGRAM TRAIN & PLACE dibawah PROGRAM PENJANA (PERKESO). Dapatkan kemahiran memasak, membuat kek, operasi dapur, katering dan tip jati diri serta menjadi pekerja mahir yang berjaya. Diakhir kursus peserta akan dianugerahkan 4 sijil dan surat tawaran bekerja InshaAllah. 
 
    Peluang berkongsi pengalaman Bersama Hj Harun Nordin Pengasas / C.E.O Kagumas Culinary Academy dan bekas Hotelier yang berpengalaman luas dan cemerlang dibidang perhotelan dan katering. Kami mengalu-alukan pelajar lepasan PT3 / SPM, OKU (Masalah Pembelajaran), Pelajar Keluarga Asnaf dan B40 kehilangan pekerjaan disebabkan Covid-19 untuk merebut peluang menjalani Latihan Teori dan Praktikal di Kagumas Culinary Academy.  
 
1) PENGAMBILAN PELAJAR Bermula sekarang, Tarikh tutup 31 JULAI 2021. 
 
2) MASA Selama 14 hari. Makan dan Minum disediakan semasa kursus. Hostel disediakan kepada yang memerlukan. 
 
3) Sijil yang akan diperolehi pelajar yang berjaya menjalankan 14 hari kursus: 
• SIJIL SKM 2 – Secara Modular & PPT  
• SKILLS PROFICIENCY CERTIFICATE FOOD PREPARATION – CITY & GUILDS UK 
• SIJIL KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN 
• SIJIL PENYERTAAN DARI KAGUMAS CULINARY ACADEMY - Pusat Bertauliah JPK - HRDF - City & Guilds UK 
 
4) KERJAYA Semua peserta akan mendapat surat tawaran bekerja dengan gaji minimum RM1200 sebulan dari majikan. Diantara majikan yang bakal mengambil peserta: 
1) Sate Samuri 
2) Katerer di sekitar Hulu Langat Selangor 
3) Hotel 
 
5) Tempat terhad. Sila isikan Borang yang disediakan untuk kami memproses permohonan anda. Sila hubungi HJ HARUN NORDIN (012-2114922), Cik Izzati (019-4768949) atau En Arham (011-21964658) untuk keterangan lanjut. 
 
“DISINI BERMULANYA KERJAYA ANDA”