SMJK CHUNG HWA

吉兰丹中华国民型中学

公告 Announcement

Berita dari Meja Kaunselor Bulan February. BIASISWA
06 Feb 2012 School Admin - SMJK CHUNG HWA (KELANTAN) 

 

1. Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP 2 & 3)

- Terbuka kepada semua pelajar dan tingkatan 1 hingga empat tahun 2012.

- Mestilah warganegara Malaysia (penduduk tetap tidak layak memohon)

- Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 1500.00 sebulan.

- Mempunyai latar belakang akademik dan kokurikulum yang baik.

- Tidak menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

  Kepada para pelajar yang ingin memohon, sila dapatkan borang permohonan daripada kaunselor di bilik kaunseling. Borang permohonan yang lengkap diisi mestilah dilampirkan bersama dokumen berikut:

- Satu salinan kad pengenalan pemohon.

- Satu salinan kad pengenalan bapa (sekiranya meninggal sertakan salinan surat kematian).

- Satu salinan kad pengenalan ibu (sekiranya meninggal sertakan salinan surat kematian).

- Satu salinan slip gaji yang disahkan oleh majikan. Sekiranya tiada sila sertakan surat akuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKKP (DUN dan Parlimen tempat tinggal pemohon)

- Satu salinan keputusan akademik (UPSR- pemohon T 1/PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN - pemohon T2 dan T3/ PMR - pemohon T4)

- Salinan sijil kokurikulum (yang mewakili sekolah, daerah, negeri dan Negara sahaja)

PERINGATANSILA HANTAR BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP BESERTA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEBELUM ATAU PADA 20 FEBRUARI 2012

 

2. Permohonan Biasiswa Sukan

- Terbuka kepada semua pelajar dan tingkatan 1 hingga lima tahun 2012.

- Mestilah warganegara Malaysia (penduduk tetap tidak layak memohon)

- Cemerlang dalam sukan tertentu dan mewakili negeri sekurang-kurangnya di peringkat  MSSM

- Tidak menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

- Tidak tertakluk kepada pendapatan ibu bapa / penjaga pemohon.

- Keutamaan kepada yang terlibat dalam 8 Program Sukan Prestasi Tinggi (Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS)dan Sukan Prestasi Tinggi Negara (SPTN) dan lain-lain yang diputuskan oleh KPM.

  Kepada para pelajar yang ingin memohon, sila dapatkan borang permohonan daripada PK KOKU . Borang permohonan yang lengkap diisi mestilah dilampirkan bersama dokumen berikut

- Satu salinan kad pengenalan pemohon.

- Satu salinan kad pengenalan bapa (sekiranya meninggal sertakan salinan suratkematian).

- Satu salinan kad pengenalan ibu (sekiranya meninggal sertakan salinan surat kematian).

- Satu salinan slip gai yang disahkan oleh majikan. Sekiranya tiada sila sertakan surat akuan pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JKKKP (DUN dan Parlimen tempat tinggal pemohon)

- Satu salinan keputusan akademik (UPSR - pemohon T 1/PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN - pemohon   

  T 2, T3 dan T5/ PMR - pemohon T4)                    - Salinan sijil - sijil sukan

  PERINGATAN: SILA HANTAR BORANG PERMOHONAN YANG LENGKAP BESERTA  

  DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEBELUM ATAU PADA 20 FEBRUARI 2012

3. Sila ambil perhatian kepada semua pemegang biasiswa BKP dan BKPU yang masih belum menghantar BUKU AKAUN GIRO, sila hantar segera ke bilik kaunseling. Kegagalan pelajar menghantar buku akaun giro biasiswa adalah melanggar syarat perjanjian biasiswa. Tindakan disiplin akan dikenakan ke atas pelajar yang ingkar.

 

4. kepada semua pelajar peralihan dan ting. 1 yang ingin memohon bantuan KWAPM, Sila dapatkan borang permohonan daripada kaunselor. Sila Iengkapkan borang tersebut dan larnpirkan bersama dengan satu salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa. Sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia sila sertakan surat kematian.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 9 FEBRUARI 2012. HARAP MAKLUM.