SMJK CHUNG HWA

吉兰丹中华国民型中学

公告 Announcement

Dari Meja Kaunselor 辅导站 16 Mac - 21 Mac
19 Mar 2013 School Admin - SMJK CHUNG HWA (KELANTAN) 

1.            Program Permatapintar UKM Fasa 1 Sesi 293/294

 

Ujian Permatapintar Fasa 1 ini dijalankan secara online. Terbuka kepada semua pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga. Ujian ini boleh dilakukan di sekolah, di rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai capaian internet. Surat siaran berkaitan pelaksanaan Ujian Permatapintar akan diedarkan kepada semua pelajar ting 1,2 dan 3 sebelum cuti sekolah. Sila maklumkan kepada ibubapa pelajar.

 

2.            Program Karnival Jom Masuk U Zon Timur

 

Karnival ini akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 30 dan 31 Mac 2013 (Sabtu dan Ahad)

Masa : 8 pagi hingga 6 petang

Tempat : Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV

Semuka pelajar ting menengah Atas digalakkan hadir bagi mendapatkan maklumat berkaitan peluang pendidikan tinggi dan program pengajian yang ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS). Para guru juga dijemput hadir.

 

3.            Program Pertukaran Pelajar AFS

 

Kepada para pelajar yang berminat, sila dapatkan borang permohonan daripada kaunselor.