SMJK CHUNG HWA

吉兰丹中华国民型中学

公告 Announcement

Perhimpunan Sekolah Pertama
30 Jan 2009 School Admin - SMJK CHUNG HWA (KELANTAN) 

 

4.1.2009(Ahad)

7.30pagi hingga 9.30pagi

Bertempat di Stadium SMCH

PK Ko En Foo mengalu-alukan kedatangan pegawai dari JPN  Kelantan dalam lawatannya membuat pemantauan pada hari pertama persekolahan di sekolah ini.

Pk Ko mengucapkan selamat tahun baru kepada semua warga Chung Hwa dan mengingatkan pelajar supaya menjaga keselamatan diri sendiri.Beliau juga memberi galakan kepada pelajar  supaya lebih aktif dalam menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah memandangkan markah ko yang diceburi akan diambil kira dalam peperiksaan akhir tahun nanti. Kad kehadiran ko-ku harus dibawa pelajar setiap kali menghadiri aktiviti ko-ku.Pengumuman latihan ko-ku akan dibuat melalui Berita Chung Hwa.

PK Hem pula mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan beliau mengingatkan pelajar supaya menjaga kekemasan diri dan mematuhi peraturan sekolah..Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pelajar yang menduduki PMR 2008 yang telah mendapat keputusan yang cemerlang.

            Untuk pelajar baru tingkatan satu dan tingkatan peralihan,  PK Hem harap pelajar baru ini dapat menyesuaikan diri dan sekiranya belaku ketidak selesaan berkaitan dengan keselamatan diri, pelajar harus laporkan kepada pihak sekolah.

            Tuan Pengetua mengucapkan tahniah kepada pelajar PMR2008 yang mendapat keputusan yang membanggakan sekolah. Sebanyak 62 pelajar telah mendapat 8A dalam PMR2008.

            Tuan Pengetua menasihati pelajar baru tingkatan satu dan peralihan supaya memberi perhatian sepenuhnya dalam pembelajaran di mana terdapat perubahan bahasa perantaraan dari bahasa Cina ke bahasa Malaysia.

            Untuk pelajar yang bakal digelar mahasiswa dan mahasiswi, mereka ini mestilah mempunyai azam baru, semangat yang lebih kental. Untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 pula,lipat gandakan usaha dan belajarlah menguruskan masa dengan baik.

            Pengetua mahu pelajar bertanggungjawap ke atas keselamatan buku teks yang dipinjamkan kepada pelajar,jangan simpan buku tersebut di sekolah.Pelajar juga harus menjaga kebersihan sekolah, menyayangi harta benda sekolah. Pelajar juga dinasihati supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh ketua tingkatan, penolong ketua tingkatan dan pengawas  kerana mereka mewakili guru dan  pengetua dalam pengurusan sekolah.