SMJK CHUNG HWA

吉兰丹中华国民型中学

公告 Announcement

Dari Meja Kaunselor辅导(Berita Minggu Ini 6.9.2009 )
06 Sep 2009 School Admin - SMJK CHUNG HWA (KELANTAN) 

 

Dari Meja Kaunselor辅导(Berita Minggu Ini 6.9.2009 )

1.Dana pendidikan Dr Hamzaid telah menawarkan 2 program bantuan kepada   

   pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas sesi 2009

      Progam Bantuan Wang Pendahuluan dan Sara Diri (Percuma)

Tujuan: Untuk menbantu pelajar dari golongan yang kurang berkemampuan untuk mengikuti program Ijazah Pertama di IPT di Malaysia.

Syarat Kelayakan:

•·         Semua pelajar T6 Atas 2009

•·         Mestilah warganegara Malaysia

•·         Pendapatan keluarga mestilah kurang daripada RM3000.00 sebulan

2. Progam Intensif Bahasa Inggeris (Percuma)

Tujuan: membantu pelajar menpertingkatkan pengusaan Bahasa Inggeris sebagai persediaan mengikuti program Ijazah pertama di IPT

Tempoh Program: 2 3 bulan

Pengambilan: April/Mei 2010

Tempat belajar: Kolej Teknologi Alpha, Negeri Sembilan

           Syarat kelayakan:

•·         Semua pelajar T6 Atas sesi 2009

•·         Warganegara Malaysia

 

Pelajar yang berminat. Sila dapatkan borang daripada Cikgu Nor Yusnida(kaunselor) tarikh tutup pada 30 September 2009

 

3.    Program Vote Yes !Acms

Untuk menjadi salah satu daripada 20 buah sekolah yang bertuah menerima kunjungan Angkasawan Negara, pihak Acms dengan kerjasama pihak sekolah akan mengedarkan borang vote yes! Untuk diisi oleh para pelajar tingkatan 4,5 dan 6. Sekolah yang mendapat peratusan tertinggi akan memenangi salah satu daripada 20 buah sekolah yang bertuah mendapat kunjungan Angkasawan Negara.

 

Kepada semua ketua tingkatan 4, 5 dan 6. Sila berjumpa dengan kaunselor untuk mendapat borang pengundian bagi jumlah pelajar kelas masing-masing . borang tersebut perlu dihantar semula kepada kaunselor selewat-lewat pada 9 September 2009 (Rabu). Penyertaan boleh juga dilakaukan dengan mendaftar di laman web http://www.voteyes.acms.edu.my/ atau http://www.acms.edu.my/