Announcement 公告

Cuti PKP 2020
23 Apr 2020 School Admin - SMJK KAI CHUNG (SARAWAK, BINTANGOR) 

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19
 
Fasa 3: 15 APRIL - 28 APRIL 2020
 
Fasa 2: 01 APRIL - 14 APRIL 2020
 
Fasa 1: 18 MAC - 31 MAC 2020
 
**DUDUK RUMAH
 
 
 
MAKSUD CORONAVIRIS COVID-19

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Novel Coronavirus 2019 (COVID-19). 

CARA CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) MEREBAK?

Cara penularan novel coronavirus COVID-19 daripada individu kepada melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang dengan COVID-19 batuk atau bersin. Titisan ini merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya. Orang lain kemudian mendapat jangkitan COVID-19 dengan menyentuh objek atau permukaan ini, kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya. Sesorang itu juga boleh dijangkiti COVID-19 jika mereka berada dekat dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin atau melepaskan titisan. Itulah sebabnya penting untuk mengekalkan jarak lebih dari 1 meter (3 kaki) dari orang yang sakit.

GEJALA-GEJALA RADANG PARU-PARU (PNEUMONIA) COVID-19

Gejala radang paru-paru (pneumonia) COVID-19 adalah demam, batuk dan sukar bernafas

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT COVID-19
  1. Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;

  2. Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan;

  3. Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan manamana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan;

  4. Elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh lawatan

  5. Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan.