课外活动 Co-Curriculum - 制服团体 Uniformed Groups

Kadet Remaja 新闻 News

主席 Chairperson:
秘书 Secretary:
财政 Treasurer :

Ahli Jawatan kuasa Pasukan KPS Poi Lam 2003/04 Troop Leader : Leong Kim Ling Assistance Troop Leader : Hoong Yoong Le Training Officer : Ng Boon Quan Secretary : Teoh Choon Keat Assistance Secretary : Wong Jiun Shyan Treasurer : Yip Kin Fai Quartermaaster : Foong Kin Hwa Assistance Quartermaster: Lai Pak Chuan Photographer : Tan Pei Pei Guru-guru Penasihat Pasukan KRS Poi Lam En. Mohammad Noor Azam En. Nazri Cik Ann Pencapaian Pasukan KRS Poi Lam 2003 Mendapat piala ‘Pertandingan Kawat Kaki Tempat Ketiga’ ajuran PPD Daerah Kinta 1 Bilangan Ahli Pasukan KRS Poi Lam 2003 62 ahli SEJARAH PASUKAN KRS POI LAM Pasukan Kadet Remaja Sekolah telah ditubuhkan oleh Jabatan Pendidikan Perak di SMJK Poi Lam, Ipoh, Perak.. Istiadat Perasmian Penubuhab Pasukan KRS Poi Lam di SMJK Poi Lam telah diadakan secara rasmi oleh AJK Pasukan KRS Poi Lam tahun 1997, iaitu tahun penubuhan pasukan KRS. Istiadat tersebut adalah dirasmikan oleh pengetua sekolah Poi Lam. Pengetua sekolah Poi Lam telah mengagihkan sebuah bilik kepada padukan KRS sebagai ‘KADET ROOM’dan juga untuk kegunaan pasukan KRS pada masa depan. Tujuan penubuhan pasukan KRS adalah untuk membina generasi pelajar yang menjuwai semangat perpaduan memiliki ketrampilan diri, berdaya usaha kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai kehidupan. Pada peringkat awal, pasukan KRS mempunyai ahli seramai 100 orang. Selepas penubuhan pasukan KRS mengadakan satu perkhemahan latihan di Tanjung Rambutan (tempat awam perkhemahan). Jenis latihan yang diadakan ialah latihan senjata M-16, cara penggunaan kompas, mendirikan khemah, backwoods dan sebagainya.Dua orang guru penasihat pasukan KRS dari Sekolah SMK Tasek dan Sekolah SMK Gunung Rapat telah menyertai perkhemahan ini. Selain itu, pengurusan latihan ini adalah diketuai oleh 6 pegawai tentera yang berpengalaman. Seterusnya, pasukan KRS Poi Lam juga telah mengadakan pertandingan Kawat Kaki dan Pertandingan Masakan. Kami juga telah menghadiri Gathering yang dianjurkan oleh pasukan KRS dari SMJK Sam Tet Ipoh. Dalam Gathering ini, kami telah mendapat piala ‘ The Best Marching ‘ dan ‘The Best Performance’. Pada tahun 1998, pasukan KRS Poi Lam telah dijemput untuk menyertai satu plersembahan Kawat Kaki pada Hari Kebangsaan. Kami juga telah menghadiri satu Gathering yang dianjurkan oleh pasukan KRS dari SMJK Perempuan Perak, Ipoh dan mendapat piala ‘Overall Champion’,’The Most Active’dan ‘The Best Performance’. Kami juga telah menghadiri satu Gathering yang dianjurkan oleh pasukan KRS SMJK Yuk Kwan, Batu Gajah dan telah mendapat piala ‘The Most Active’. Pada akhir tahun antara tarikh 19-12-98 hingga 20-12-98, pasukan KRS Poi Lam telah menganjurkan 1st Anniversary Gathering yang bertajuk “The Glorious Empire Of Youth Cadet’. Tujuan Gathering ini ialah untuk mengeratkan hubungan antara ahli pasukan kita dengan ahli pasukan sekolah lain dan juga menambah pengetahuan serta mencungkil bakat ahli. Sekolah-sekolah yang dijemput dalam Gathering ini ialah SMJK Tsung Wah, SMJK Hua Lian , SMJK Yuk Choy, SMJK Perempuan Perak, SMJK Yuk Kwan, SMJK Sam Tet dan SMJK Jit Sin. Tempat-tempat anjuran Gathering ialah di sekolah dan St. John Hall. Pada tahun ini, pasukan KRS juga mula mempunyai latihan dan meeting pada hari Sabtu. Pada tahun 1999, pasukan KRS Poi Lam telah mengadakan satu aktiviti mendaki Bukit Menglembu. Kami juga telah menghadiri satu Gathering yang dianjurkan oleh pasukan KRS SMJK Yuk Choy dan telah mendapat piala ‘The Best Imitator’. Pada akhir tahun, kami telah mengadakan perkhemahan discipline di sekolah. Pada tahun ini, pasukan KRS telah memulakan sistem peperiksaan menaik pangkat dan juga mula menerima tugasan, iaitu bertugas di Stadium Indera Mulia Perak. Pada tahun 2000 psukan KRS Poi Lam telah mengadakan perkhemahan latihan di Teluk Pahang, Pulau Pinang antara 10-3-00 hingga 12-3-00. Antara jenis latihan yang ada ialah latihan abseiling, latihan fizikal mendaki bukit dan sebagainya. Kami juga telah mengadakan satu pertandingan bola sepak di padang D.R., Ipoh. Kami telah menghadiri satu Gathering yang dianjurkan oleh pasukan KRS SMJK Ave Maria Convent dan mendapat piala ‘Overall Champion’. Pada akhir tahun,kami telah menganjurkan 2nd Anniversary Gathering yang bertajuk ‘Under Water Challenge’. SMJK Tsung Wah Kuala Kangsar telah dijemput dan sebagainya. Pada tahun 2001 kami telah mengadakan perkhemahan disiplin di sekolah dan satu aktiviti pengembaraan telah diadakan di Ulu Chepor, Chemor. Pasukan KRS Poi Lam juga telah menghadiri satu Gathering yang dianjurkan oleh SMJK Hua Lian , Taiping dan telah mendapat piala ‘The Best Supportire’ dan ‘The Best Dancing’. Pada akhir tahun pasukan KRS Poi Lam telah menganjurkan 3rd Annual Gathering yang bertajuk ‘Outer Space X’Mas Final Countdown’ di St.John Hall dan SMK Andeson,Sekolah SMJK Hua Lian, Taiping telah dijemput dan juga sekolah lain. Seterusnya kami juga mengadakan satu lawatan ke Perak Shooting Associaton untuk mendapat maklumat tentang jenis senjata. Di samping itu, senior Tan Kee Meng telah menyertai satu perkhemahan KRS yang rasmi di Taiping untuk mendapat latihan dan telah mendapat pangkat Sarjan yang sah. Pada tahun 2002 pasukan KRS Poi Lam telah mengadakan satu perkhemahan latihan di Teluk Selanggit, Lumut. Kami juga telah mengadakan satu pameran dan membuka gerai makanan pada hari kokurikulum. Kami telah menghadiri satu Gathering yang dianjurkan oleh pasukan KRS SMJK Jalan Pasir Puteh dan mendapat piala ‘Overall Champion’ dan ‘The Best supportive’. Selain itu, kami juga telah menghadiri satu Gathering yang dianjurkan oleh pasukan KRS SMJK Tsung Wah, Kuala Kangsar dan mendapat piala ‘Overall Champion’, ‘The Best Marching’, ‘The Best Banner’,’The Best Mini Gadjet’ dan ‘The Best Supporting’. Pada akhir tahun kami telah mengadakan 4th \annual Gathering yang bertajuk ’The Legendary Night Of youth Cadet’. Sekolah Chung Ling dari Pulau Pinang, Sekolah Pei Yuan dari Kampar dan beberapa buah sekolah lagi telah dijemput Akhir kata, atas bimbingan setiap tahun AJK, keasasan dan kemahiran ahli dan nama pasukan KRS Poi Lam telah semakin kukuh.