Co-Curriculum 课外活动 - Uniformed Groups 制服团体

Persatuan Bulan Sabit Merah News 新闻

Chairperson 主席: Tiang Huay Teng
Secretary 秘书: Wong Ka Wei
Treasurer 财政 : Wong Mei Xin

PBSM telah menjemput YB Dato Dr, Yeow Chai Tiam untuk memberi ceramah kesihatan bertajuk “Diabetes” kepada para pelajar. Satu kutipan derma telah diadakan di sekolah untuk menghulurkan bantuan kepada Pusat Haemodialisis Mawar, Seremban. Sebanyak RM 1,000 berjaya dikutip daripada para guru dan pelajar sekolah. Majlis penyampaian cek derma oleh Pengerusi Lembaga Pengurus sekolah, En. Tee Soon Chee kepada YB. Dato Dr. Yeow Chai Tiam. Kelihatan para pelajar yang begitu berminat membeli cenderamata Pusat Haemodialisis Mawar sebagai satu cara menghulurkan bantuan derma. Majlis penyampaian buku “Malaysia Book of Records” oleh wakil Pusat Haemodialisis kepada guru penasihat PBSM sebagai tanda penghargaan mereka terhadap pihak sekolah. PBSM turut melawat asrama Rumah Anak Yatim yang dibawah kelolaan Dewan Perniagaan Melayu di Seremban. Kemesraan yang terjalin di antara penghuni asrama ini dengan ahli-ahli PBSM. Mereka telah saling bertukar-tukar idea dan berkongsi pengalaman sesama mereka.