SMJK CHUNG HWA

吉兰丹中华国民型中学

课外活动 Co-Curriculum - 制服团体 Uniformed Groups

Pengawas Sekolah 新闻 News

主席 Chairperson:
秘书 Secretary:
财政 Treasurer :

Guru Penasihat: Encik Quick Tan Sua Ketua Pengawas Lelaki: Wee Chow Hsien Ketua Pengawas Perempuan: TeoWoonLi Penolong Ketua Pengawas Lelaki: TohSweeMing Penolong Ketua Pengawas Perempuan: LimHueyYin Setiausaha: Chua Geok Song Bendahari: Lim Huey Chen Badan Pengajian Pengawas: Tan Chai Lee YeapKohHan Chua Bee Nee TeohWeiLoong TeeSerNee Phua Eng Hong Low Hsien Loong WeeYeeLin Lau Pick Chung Ng Huey Shin Laporan Tahunan Jumlah pengawas pada tahun ini adalah sebanyak 85 orang. Tugas kami ialah membantu pihak sekolah dalam pengawalan disiplin pelajar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang tahun ini. Antaranya adalah seperti 'spot check' , kawalan disiplin dalam sesetengah majlis, Kem Kepemimpinan Pengawas dan Pekadis, Kem Motivasi dan sebagainya. Dengan bantuan pihak sekolah, guru-guru disiplin dan bimbingan guru penasihat, iaitu Encik Quick Tan Sua, segala aktiviti yang dirancang berjaya dijalankan dengan lancar. Kem Kepemimpinan Pengawas dan Pekadis yang diadakan pada 31/1-2/2 dapat meningkatkan sifat kepemimpinan dan memupuk semangat kerjasama antara pengawas dan pekadis. 'Spot Check' yang dijalankan dari semasa ke semasa memastikan disiplin dan kekemasan pelajar terkawal. Mesyuarat pengawas diadakan setiap masa untuk membincangkan masalah-masalah yang timbul semasa bertugas. 'Study Hour' memberikan peluang kepada pengawas untuk mengulangkaji pelajaran dan mengeratkan hubungan antara pengawas. Projek Adik Angkat pula ialah program yang dijalankan untuk membantu pelajar yang bermasalah. Kami telah menimba pelbagai pengetahuan baru dan pengalaman sepanjang tahun ini. Oleh itu, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua, guru penasihat, guru-guru disiplin dan semua pihak yang telah mencurahkan tenaga dan memberikan bantuan kepada kami. Moga-moga sokongan seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.