SMJK JIT SIN

大山脚日新国中 (卓越学校)
敬爱勤朴


News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset

参观NEC工厂
19 Apr 2007 School Admin - SMJK JIT SIN (PENANG) Filed Under 文件存於 ICT

 

参观NEC工厂

 

本校ICT学会于2007年3月24日组团前往NEC工厂参观。一开始,经理致欢迎词后,便带我们介绍一些NEC最新的厂品。从中让我们对一架电脑的制造过程有了基本概念。
一场有关Window Vista的讲座,让我们认识 Parent Control的重要角色。讲座会完毕后,NEC工厂方送给我们一些纪念品。
光阴似箭,快乐的时光总是过得特别快。我们和NEC的工作人员拍了一些照留念后,便依依不舍的踏上归途。

Kelab ICT telah melawat ke Kilang NEC di Auto City pada hari terbuka kilang tersebut iaitu 24.3.07.Tujuannya adalah untuk menambah pengetahuan tentang bidang IT kepada para pelajar. Kira-kira 20 ahli kelab ICT di bawah bimbingan Cikgu Siaw Siew Lian dan Cikgu Loh Ling Ling telah bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disediakan oleh NEC.

 

Lawatan kami disambut dengan meriahnya oleh pihak kilang NEC. Pengurus besar mereka telah menyampaikan ucapan alu-aluan menyambut kedatangan kami. Kemudian, kami dibawa ke sebuah bilik yang banyak mempamerkan komputer riba lalu diberi penerangan tentang penyelenggaraan computer di bilik tersebut. Selepas itu, kami diperkenalkan kepada seorang bekas pelajar SMJK Jit Sin. Dengan kesempatan ini, kami diberi peluang melawat tempat penghasilan komputer. Beliau  telah memberi penjelasan tentang bagaimana sebuah komputer dihasilkan.

 

Di samping aktiviti cabutan hadiah dan permainan yang menarik, kami juga diberi peluang mempelajari cara memasang komponen-komponen komputer di bengkel. Walaupun amat susah, tetapi dengan bimbingan mereka, kami berjaya memasangnya. Ceramah tentang Window Vista juga diberi dan banyak fungsi tentang window yang baru diperkenalkan secara terperinci kepada kami. .Aktiviti-aktiviti tersebut amat menarik dan memanfaatkan kami.

 

Kami merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak kilang NEC kerana mengaturkan lawatan yang memanfaatkan ahli-ahli Kelab ICT dalam menambah pengetahuan tentang komputer.

 

 


 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment