News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset
 

Majlis Persaraan Rasmi Puan Leong Kam Yoke 粱金玉老师光荣退休仪式
17 Jun 2022 School Admin - SMJK HENG EE (PENANG, GEORGETOWN) 


Kepada semua guru dan AKP:
 
Salam sejahtera.
 
1/6/22 adalah Hari Persaraan Pn. Leong Kam Yoke. 
Selamat Bersara kpd Puan Leong. 
 
Ucapan ribuan terima kasih & setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan, pengorbanan &  jasa Puan Leong Kam Yoke kepada sekolah SMJK Heng Ee selama ini. 
 
Puan Leong mulai berkhidmat di Sekolah Heng Ee pada tahun 1997. Beliau telah memberi perkhidmatan selama 25 tahun di sekolah HE.
 
Puan Leong seorang guru yang prihatin, komited dan bertanggungjawab dalam Profesional Perguruan. Mendidik anak murid dengan penuh bertanggungjawab.  
 
Menjejak kaki di Bidang Pendidikan mulai 1997.
Telah menceburi Bidang Pendidikan selama 25 tahun. 
 
Pn. Leong menamatkan Ijazah Sarjana Muda kekas pertama beliau dari USM pada tahun 1997. 
Major Geografi dan Minor Pengurusan. 
 
🎊Pernah dinaik pangkat menjawat jawatan PKKK pada tahun 2007. 
🎊Pertukaran jawatan ke guru akademik T6 pada tahun 2009.
🎊Mengajar Pengajian Am 
🎊Menjadi ahli PIBG banyak tahun di HE
🎊SMJK Heng Ee merupakan sekolah pertama dan juga sekolah terakhir beliau bersara
🎊Jawatan Ketua Disiplin sekolah dengan enrolmen pelajar yg ramai( lebih 3000) dan  tanggungjawab bersama untuk membentuk kemenjadian murid sekolah telah dilaksanakan tanpa mengenal penat lelah.
 
🙏Jutaan terima kasih kepada Puan Leong Kam Yoke  yang banyak membantu dalam menjagakan pelbagai aktiviti besar-besaran sekolah seperti Hari Kantin, Konsert PIBG sekolah, Sukan Tahunan, Merentas Desa, dll.
 
 🙏Jasa Pn. Leong Kam Yoke dlm bidang pendidikan akan dikenangi selama-lamanya oleh anak-anak murid dan guru-guru sekolah.
 
🙏Saya wakil Pihak LPS,  PIBG n Bekas Alumni mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan Puan Leong selama ini.
 
Terima kasih kepada Pn Leong kerana menyumbangkan RM 3500 kepada CCTV keselamatan sekolah atas persaraan beliau pada 1/6/2022.
 
🎊Majlis persaraan rasmi beliau telah dilaksanakan pada 31/5/22. 
🎊Makan makan santai dijalankan pada 11/6/22.
 
💕Happy Retirement!💕
🌹Selamat Bersara🌹
 
Pengetua
SMJK Heng Ee
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment