SMJK AVE MARIA CONVENT

圣母玛利亚国民型中学

SMJK AVE MARIA CONVENT


News and Events - School News

A+ A- Reset

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH
04 Sep 2014 School Admin - SMJK AVE MARIA CONVENT (PERAK) 

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

Pada 23 Ogos 2014 telah diadakan sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-57 peringkat SMJK Ave Maria Convent, Ipoh. Acara dimulakan dengan perarakan masuk Jalur Gemilang oleh ketua-ketua unit beruniform sekolah. Kemudiannya bendera dilipat dan diserahkan kepada pengetua dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan Rukun Negara.

Acara dimeriahkan dengan persembahan pentomin oleh pelajar dari tingkatan 5S9 bertemakan makna kemerdekaan. Selesai persembahan, puan pengetua memberi ucapan tentang semangat cintakan negara dan laungan merdeka sebanyak 7 kali yang disertai oleh semua guru dan pelajar. 

Acara diteruskan lagi dengan nyanyian lagu tema hari merdeka iaitu Warisan dan beberapa lagu patriotik yang lain diiringi kibaran bendera Jalur Gemilang. 

PERARAKAN MEMBAWA MASUK JALUR GEMILANG
 
 
 UCAPAN DAN LAUNGAN MERDEKA
 
 
 NYANYIAN LAGU TEMA KEMERDEKAAN DAN LAGU PATRIOTIK
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 





Search

Start Date :
End Date :
News and Events : School News  Co-curriculum News   Event Calendar 
 


Post a Comment


Please [login] to post comment