Senamrobik telah diadakan pada 18 Julai 2008, dari pukul 7.45 a.m. hingga 8.15 a.m. di Dewan Dato' Chin Pek Soo. Semua guru dan pelajar sesi pagi terlibat dalam senamrobik pada pagi ini. Instruktur senamrobik hari ini ialah Pn Lee Siew Lan dari Persatuan Kecergasan fizikal Daerah Kinta, Ipoh.
Senamrobik ini telah diadakan sempena bulan kecergasan anjuran Jabatan Pelajaran Perak. Tema bulan kecergasan ialah " Kecergasan Pemangkin Pembentukan Modal Insan".