新闻与事件 News and Events - 学校新闻 School News

A+ A- Reset
 

Pengajian Statistik Homework(T6F3&T6B3)
17 Nov 2008 TAN WAI KONG 文件存於 Filed Under Pengajian Statistik Nota Tambahan, Nota


BAHAGIAN STATISTIK

 

TINGKATAN 6 ATAS - ULANGKAJI 4

 

6.             Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan berikut, sediakan satu graf bar piramid yang sesuai bagi menunjukkan struktur penduduk Malaysia mengikut umur dan jantina pada tahun 1991.

 

            Dasar 70 juta penduduk merupakan dasar yang telah dicadangkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad. Sekiranya matlamat mencapai 70 juta penduduk ini tercapai, dijangkakan Malaysia akan mampu memenuhi keperluan guna tenaga di negara ini di samping dapat menyediakan satu pasaran yang luas untuk sebarang keluaran khususnya pengeluaran di peringkat tempatan. Pada tahun 1991 jumlah penduduk di Malaysia tidak termasuk warga asing ialah seramai 17,574,275 orang. Daripada jumlah ini, seramai 8,853,304 orang adalah lelaki dan selebihnya adalah perempuan.

 

                Daripada jumlah penduduk lelaki Malaysia pada tahun 1991, 26.36% adalah terdiri daripada golongan lelaki dalam kumpulan umur antara 0 hingga 9 tahun. Selebihnya adalah terdiri daripada golongan perempuan iaitu seramai 2,206,406 orang. Secara umumnya, kumpulan umur ini merupakan yang tertinggi dalam struktur penduduk di Malaysia pada tahun 1991 iaitu melebihi 20%.

 

                Pada tahun 1991, kumpulan umur di antara 10 hingga 19 tahun adalah seramai 3,744,404 orang. Daripada jumlah ini, sebanyak 50.74% adalah lelaki dan perempuan seramai 1,844,485 orang.  Angka ini menunjukkan penurunan jumlah penduduk bagi kumpulan umur 10 hingga 19 tahun. Manakala jumlah penduduk bagi kumpulan umur 20 hingga 29 tahun pula adalah 1,495,323 orang bagi lelaki dan 1,536,635 orang bagi perempuan.

 

                Pada tahun 1991, seramai 2,091,151 orang penduduk lelaki dalam kumpulan umur 30 hingga 39 tahun dan 40 hingga 49 tahun. Daripada jumlah ini, kumpulan umur 30 hingga 39 tahun adalah seramai 1,269,564 orang dan selebihnya bagi kumpulan umur 40 hingga 49 tahun. Sementara itu, jumlah penduduk perem­puan pula ialah 1,260,180 orang dalam kum­pulan umur 30 hingga 39 tahun dan 784,887 orang adalah dalam kumpulan umur 40 hingga 49 tahun.

 

            Daripada jumlah penduduk lelaki pada tahun 1991, sebanyak 6.09% dalam kumpulan umur 50 hingga 59 tahun dan 3.42% dalam kumpulan umur 60 hingga 69 tahun. Sementara itu, jumlah penduduk perempuan dalam dua kumpulan umur ini ialah seramai 534,597 orang berada dalam kumpulan umur 50 hingga 59 tahun dan 326,164 orang berada dalam kumpulan umur 60 hingga 69 tahun. Seramai 418,848 orang penduduk pads tahun 1991 adalah golongan tua yang melebihi umur 70 tahun. Angka ini menunjukkan bahawa tidak lebih daripada 3.0% penduduk tua dalam struktur umur di Malaysia. Daripada jumlah 418,848 orang, seramai 191,231 orang lelaki dan 227,617 adalah perempuan.

 

                Kesimpulannya, jumlah penduduk lelaki yang berada dalam lingkungan umur 0 hingga 59 tahun melebihi jumlah penduduk perempuan dalam lingkungan umur yang sama. Walaubagaimanapun, bermula daripada umur 60 tahun, jumlah penduduk perempuan melebihi jumlah penduduk lelaki. Ini menunjukkan bahawa, jangka hayat perempuan lebih panjang berbanding dengan lelaki.

 

              (Sumber: Disesuaikan daripada Buku Tahunan Malaysia, 34: 1994)

 

 



搜索 Search

开始日期 Start Date :
结束日期 End Date :
新闻与事件 News and Events : 学校新闻 School News  活动新闻 Co-curriculum News   行事历 Event Calendar 
 
发表评论 Post a Comment


Please [login] to post comment