News and Events 新闻与事件 - School News 学校新闻

A+ A- Reset
 

Persaraan Pn Fatimah a/p Antoni
14 Feb 2011 School Admin - SMJK SHING CHUNG (PERAK) 


Persaraan Pn Fatimah a/p Antoni

          Puan Fatimah a/p Antoni bersara pada 14 Februari 2011. Sepanjang 26 tahun beliau telah berkhidmat di SMJK SHING CHUNG, beliau telah banyak mencurah jasa dan bakti kepada sekolah ini. Puan Fatimah merupakan seorang guru yang berpengalaman dalam pengajaran subjek Ekonomi Rumahtangga. Beliau tidak pernah mengenal putus asa dalam membantu pelajar ke arah mencapai keputusan yang baik dalam akademik. Puan Fatimah juga mengambil inisiatif untuk menambahbaikkan bilik ERT dan mencantikkan persekitaran sekolah. Beliau mewujudkan taman-taman yang dihiasi pokok-pokok bunga untuk menceriakan sekolah. Malah, beliau juga diamanahkan tugas oleh sekolah untuk pengendalian jamuan setiap hari kebesaran juga dilaksanakan dengan baik dan teliti.

          Selain itu, Puan Fatimah merupakan pengasas pasukan pandu puteri sekolah ini pada tahun 1987. Beliau banyak mencurahkan usaha dan tenaga dalam memimpin pasukan pandu puteri sekolah ini. Seperti mana yang kita ketahui, Puan Fatimah terkenal dengan gelaran "Lou Ma Zi" dalam kalangan pelajar. Gelaran ini diberikan oleh pelajar kepada beliau hasil daripada keistimewaan beliau mudah bergaul mesra dengan guru-guru dan para pelajar dalam bahasa kantonis. Jadi pelajar tidak menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan beliau. Malah, beliau juga disanjungi oleh pelajar atas sikapnya yang penyayang dan tidak pernah jemu dalam  membantu pelajar yang menghadapi masalah selama ini.

          Di sini, pihak sekolah ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Puan Fatimah. Akhir kata, semoga beliau akan sentiasa berjaya dalam setiap bidang yang diceburi selepas in dan bahagia di sisi keluarga yang tercinta.  



Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment