SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR

吉隆坡中华国民型华文中学



News and Events 新闻与事件 - Co-curriculum News 活动新闻

A+ A- Reset

PERTANDINGAN KUIZ PENGETAHUAN AM AGAMA BUDDHA PERINGKATKEBANGSAAN DALAM TALIAN TAHUN 2021
23 Jun 2021 School Admin - SMJK CHONG HWA KUALA LUMPUR Filed Under 文件存於 2021年全国线上佛教常识问答比赛

Attachment 附件:

PERTANDINGAN KUIZ PENGETAHUAN AM AGAMA BUDDHA PERINGKATKEBANGSAAN DALAM TALIAN TAHUN 2021

 

2021年全国线上佛教常识问答比赛

 

HEBAHAN PERTANDINGAN KUIZ PENGETAHUAN AM AGAMA BUDDHA PERINGKAT KEBANGSAAN DALAM TALIAN TAHUN 2021 KEPADA MURID BERAGAMA BUDDHA SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM. 600-12/1/4 Jld. 21 (33) pada 11 Mei 2021 adalah berkaitan. 

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Young Buddhist Association of Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Kuiz Pengetahuan Am Agama Buddha dalam Talian Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 untuk murid beragama Buddha dari sekolah menengah dan sekolah rendah Negeri Wialyah Persekutuan Kuala Lumpur.  Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan Am dan nilai kerohanian serta memupuk pengetahuan dan pandangan yang benar dalam kalangan penganut agama Buddha. 

 

3. Program ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Butiran program adalah seperti ketetapan berikut: 

 

Kategori :

 

a.    Kategori Mudah

b.    Kategori Junior

c.    Kategori Senior

d.    Kategori Tinggi.

Tarikh:

31 Ogos 2021

Masa:

2.00 petang

Pautan Pendaftaran:

http://mbes.mbahq.my   (sebelum 17 Julai 2021)

 

Sehubungan itu, mengalakkan penyertaan murid beragama Buddha dari sekolah tuan untuk menyertai program ini. Maklumat lanjut berkenaan program boleh diperolehi di pautan http://mbes.mbahq.my. Bersama-sama ini disertakan lampiran berkaitan untuk rujukan tuan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Wong Chiew Peng di talian 013-6421891 ([email protected]) atau Encik Wong Chee Wah di talian 012-3732844.

 

Sekian, kerjasama dan sokongan tuan dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Bersama email ini dilampirkan poster Pertandingan Kuiz, Borang Pendaftaran dan pautan Bahan Bacaan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang


 





Search 搜索

Start Date 开始日期 :
End Date 结束日期 :
News and Events 新闻与事件 : School News 学校新闻  Co-curriculum News 活动新闻   Event Calendar 行事历 
 
 
Post a Comment 发表评论


Please [login] to post comment