PERTANDINGAN NATIONAL ICT SECURITY DISCOURCE: CYBERSAFETM CHALLENGE TROPHY (NICTSED) 2021 SECARA WACANA MAYA
| |||||
Attachment 附件: | |||||
| |||||
PERTANDINGAN NATIONAL ICT SECURITY DISCOURCE: CYBERSAFETM CHALLENGE TROPHY (NICTSED) 2021 SECARA WACANA MAYA
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan maklumat terbaru yang diterima dari Bahagian Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) telah melanjutkan tarikh Pertandingan National ICT Security Discourse: CyberSAFETM Challenge Trophy (NICTSeD 2021) daripada 30 Jun 2021 kepada 31 Julai 2021.
3. Sehubungan dengan itu, semua sekolah menengah WP Kuala Lumpur adalah dijemput untuk menyertai NICTSeD 2021 (Virtual Discourse). Maklumat lanjut mengenai NICTSeD 2021 (Virtual Discourse) boleh diakses melalui DELIMa KPM di bahagian aktiviti murid. Pendaftaran penyertaan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan http://www.cybersafe.my/nictsed.
4. Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datin/tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
DZURAIDI
MOHD DZURAIDI BIN ABU TALIB Penolong Pengarah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bandar Seri Permaisuri 56000 Kuala Lumpur Tel :03-91710218 Faks :03-91710233 |
|||||
|